7 Dis 2014

Sinopsis Valid Love - Korean Drama


Review, Sinopsis, Drama Korea, Korean Drama, Cinta, First Love, Cinta Sejati, Drama Valid Love, Pelakon, Uhm Tae Woong, Lee Si Young, Lee Soo Hyuk, Choi Yeo Jin,
Sinopsis Valid Love - Korean Drama

Hari ini nak borak - borak tentang Drama Korea yg terbaru. Drama ni akan menggantikan drama Liar Game dan mempunyai 20 episod. Setakat ni baru release hingga episod 2. Lawak juga drama ini di permulaannya, terutamanya scene tentang student yang bernama Kim Il Ri yang jatuh cinta pada guru ganti subjek Biologi yang bernama Jang Hee Tae. Kim Il Ri ini memang jatuh cinta betul  dekat guru dia tu, siap jadi macam bodyguard guru tersebut hingga sampai sanggup biar dirinya kemalangan dan selamatkan gurunya itu. Bila guru lelaki yang muda, handsome dan masih single mengajar di Sekolah Perempuan, memang anda tahulah apa akan jadi kan. Ramai pelajar - pelajar perempuan yang jadi angau, jadi stalker guru tersebut dan try mengorat guru tersebut. Apapun jom tengok Sinopsis drama korea ini di bawah.

Sinopsis Valid Love

Jang Tae Hee bertemu Kim Il Ri secara tidak sengaja di Hospital. Takdir menemukan mereka semula sebagai guru dan pelajar yang mana Jang Tae Hee menjadi guru ganti subjek Biologi dan turut mengajar di kelas Kim Il Ri. Sikap Kim Il Ri yang gila - gila dan suka pada gurunya itu membuatkan Jang Tae Hee rimas namun dia kagum dengan keberanian Kim Il Ri. Satu kemalangan berlaku dan menyebabkan Kim Il Ri terlantar di hospital dan Jang Tae Hee berasa sangat bersalah namun dirinya terpaksa ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Setelah 7 tahun berlalu Jang Tae Hee pulang semula ke Korea dan secara tidak sengaja, dia bertemu semula dengan Kim Il Ri. Mereka akhirnya bercinta dan berkahwin, setelah berkahwin hidup mereka berdua bahagia pada awalnya namun perkahwinan mereka menjadi semakin bosan.

Kim Il Ri akhirnya tertarik dengan rakan sekerjanya yang bernama Kim Joon. Kim Joon ni masih muda dan sangat kacak, jadi akhirnya Kim Il Ri terperangkap dalam cinta tiga segi dan dia akhirnya menduakan suaminya dan mempunyai hubungan sulit dengan Kim Joon. Suaminya Kim Tae Hee mendapat tahu yang isterinya ada affair dengan lelaki lain menjadi sangat marah namun akhirnya dia memutuskan untuk mendapatkan kembali cintanya isterinya yang hilang dan tidak mahu berpisah dengan isterinya. Apa yang bakal berlaku seterusnya? kenalah tengok drama ini nanti. Pelakon drama ini terdiri daripada Uhm Tae Woong, Lee Si Young, Lee Soo Hyuk, Choi Yeo Jin dan ramai lagi.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More

6 Dis 2014

I Miss Merlin

Merlin, Arthur, Rindu, English Series, English Drama, Drama Siri, Morgana, Pelakon, Colin Morgan, Bradley James, Friendship, Magic, King, Wizard,
I Miss Merlin

Rindu dengan cerita Merlin ni, walaupun sampai ke musim kelima saja dan kemudian tamat pada tahun 2012, cerita ini memang beri impak pada orang yang menontonnya. Siapa yang boleh lupa sweet friendship Merlin and Arthur ini kan. Dulu dekat channel Diva Universal selalu ulang cerita Merlin ini dari musim pertama hingga kelima, lepas itu diorang ulang dan ulang lagi. Selama cerita Merlin ini diulang selama itulah aku jadi penonton setia. Sekarang ini diorang dah tak ulang cerita Merlin ini sebab cerita dah lama. Tapi aku masih rindu dengan drama siri Merlin ini. Walaupun cerita ini dah diganti dengan siri baru iaitu Atlantis dan siri - siri baru yang lain, tapi aku rasa macam ada yang kurang dalam drama - drama baru tersebut. Apa pun aku suka tengok drama ini, antara episod yang aku suka ada dalam season 2, 3, 4 dan 5.

Antara episod yang aku suka adalah episod Goblin, tak silap aku episod Goblin ini dalam season 2. Aku suka episod ini sebab ianya kelakar dan suspen juga, apabila Merlin secara tak sengaja melepaskan Goblin dan kemudian Goblin itu menghuru - harakan seluruh Camelot termasuklah menggunakan badan Gaius untuk kepentingannya. Seterusnya aku turut download episod yang Arthur harus melalui satu ujian, dimana dia harus menjalankan pengembaraannya seorang diri untuk mencari sesuatu bagi membuktikan dirinya layak untuk menjadi seorang raja. Namun Morgana meninginkan Arthur mati dalam pengembaraannya, walaubagaimanapun Merlin dan Gwaine datang tepat pada masanya. Seterusnya aku download salah satu episod di musim keempat iaitu episod The Servant Of Two Master. Episod ini best juga sebab Morgana telah gunakan Merlin untuk cuba membunuh Arthur namun Merlin memang cuba untuk bunuh tapi tak berjaya. Arthur pula langsung tak syak apa - apa tentang kelakuan pelik Merlin.

Di musim kelima pula, aku sukakan episod yang Arthur berjumpa dengan ayahnya yang dah mati. Ayahnya kemudian menjadi hantu dan menghuru harakan istana di Camelot. Hal ini menyebabkan Arthur dan Merlin memburu ayah Arthur itu untuk menghantarnya kembali ke tempat yang sepatutnya. Aku tak sanggup nak menonton 2 episod terakhir drama Merlin ini sebab tak sanggup pula nak tengok endingnya yang tragis dan sedih itu. Alangkah bagusnya kalau endingnya jadi happy ending. betul tak?. Apa pun aku harap juga nanti - nanti akan ada drama or movie yg akan menggandingkan semula Bradley and Colin ini. Dulu ada dengar juga diorang nak filemkan Merlin ini tapi tak jadi pula. Tak tahulah kenapa tak jadi, apapun cerita Merlin ini memang menghiburkan dan i will miss Merlin, Arthur, Morgana and all cast. 

Gambar diatas sekali itu credit to https://commons.wikimedia.org 
Read More

21 Sep 2014

5 Perkara Yang Anda Rindukan, Apa Saja

People, Men, Women, Graduation, School, University, rindu, perasaan, perkara yang aku rindukan, zaman sekolah, zaman universiti, my cat, kucing, kawan, sahabat, kenangan, memori, saat - saat manis,
5 Perkara Yang Aku Rindukan..

1- Zaman Sekolah - Kalau boleh nak kembali masa sekolah dulu, rindu betul zaman sekolah. Aku paling stress masa masuk tingkatan 3 dulu, stress sebab apa? stress sebab aku masuk kelas pertama sekali, pendek katanya kelas budak pandai. Dalam kelas itu, persaingan dari segi pelajaran memang sangat sengit, ini ditambah lagi, ramai budak cina yang memang pandai tersenarai untuk masuk dalam kelas itu tetapi budak melayu sedikir saja yang masuk dalam kelas tu, memang aku tak ada kawan rapat dalam kelas tersebut. Semua kawan - kawan baik aku, tercampak kelas no 2, kalau aku tahu jadi begitu, baik masa form 2 tu aku jawab peperiksaan ala kadar saja jadi tak perlulah aku tercampak dalam kelas budak pandai ini, Lebih stress cikgu matematik masa itu sangat garang dan aku selalu yang jadi mangsanya sebab tak pandai dalam subjek matematik. Masa tingkatan 4 dan 5 memang best sebab kali ini, kelas dah ikut aliran yang kita ambil. Ramai kawan aku berada dalam satu kelas yang sama, malah ramai budak melayu dalam kelas itu. Paling tak best bila ada juga budak nakal terselit sekali dalam kelas itu jadi apa lagi, cikgu disiplin memang sayang sangatlah jawabnya sebab kelas kami semua selalu kena denda sebab bising dan lain - lain lagi. Kadang - kadang salah orang lain, tapi satu kelas yang kena denda. Form 6 pula memang best sebab masuk sekolah lain, suasana baru dan kawan baik ada sekali. Happening juga.

2- Zaman Universiti - rindu kawan - kawan masa dekat universiti dulu, rindu dekat kolej kediaman, rindu bilik dan katil aku dekat sana. Rindu rumah sewa, roommate dan housemate, rindu coursemate, rindu bilik aku dekat rumah sewa tu, rindu pensyarah, rindu bilik kuliah, library, rindu fakulti, surau dan suasana disitu, rindu tempat fotostat, Rindu nak buat assignment dan banyak lagi, memang banyak betul rindu ni.

3- Rindu kawan-kawan lama
Kawan datang dan pergi, ada yang loss contact, ada yang busy dengan family masing - masing, maklumlah semua ada tanggungjawab masing - masing kan. Alangkah seronoknya dapat jadi macam dulu - dulu. Bila zaman belajar dah berlalu, memang susah nak berkumpul dan berjumpa semula dengan kawan - kawan lama. Kalau jumpa pun mungkin sebab terserempak dan sebagainya, kalau nak berborak panjang tu memang dalam mimpilah jawabnya.

4- Rindu nak aktif baca novel macam dulu - dulu, sekarang ini dah busy, novel memang tak ada masa nak beli dah. Lagi pun banyak novel dah diadaptasi menjadi drama bersiri, jadi tonton drama di TV lagi senang.

5- Rindukan si Comel - Comel ini kucing aku, kucing betina, dia dulu kerap betul mengandung dan beranak. Jadi aku dapatlah bermain dengan anak - anak dia yang sangat cute tu, rindunya, sekarang ini comel dah hilang, dia tak balik ke rumah pun, dekat rumah aku ini, hanya ada kucing jantan saja, jadi tak dapat nak tengok anak - anak kucing yang baru lahir yang comel - comel tu..

Banyak yang tertinggal dah untuk cabaran 30 hari ini, tak apa, slow - slow buat entry, janji dapat selesaikan cabaran ini betul tak?. Selamat Membaca..

Gambar diatas credit to https://pixabay.com
Read More

11 Sep 2014

Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak


Kenangan, Memori, Zaman Kanak - Kanak, Mengaji, Sekolah, Kawan, Permainan 90-an, Game, Surau, Nakal, Lawak, Sisters, Girls, Summer, Fun, Children Playing, Siblings,
Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Masa aku kecil dulu, aku bersekolah waktu petang, jadi waktu pagi aku akan pergi mengaji. So ramai kawan - kawan satu sekolah aku, mengaji di tempat yang sama. Ustaz kami ini memang sangat baik, cool dan spoting, jarang nak marah - marah, cuma kadang - kadang, bila mood dia tak berapa okey baru dia marah, selalunya dia sporting saja. Masa waktu mengaji ini kami semua ada diberikan waktu rehat. Dalam waktu rehat inilah yang kami boleh pergi makan kalau nak makan atau pun nak bermain dengan kawan - lawan. Selalunya kami akan makan dulu kemudian bermain.

Macam - macam permainan yang kami main, batu serembanlah, main masak - masak, main lompat getah, main polis dan pencuri dan banyak lagi. Dalam game polis dan pencuri, budak perempuan akan main game ini bersama - sama dengan budak lelaki, kami semua sering berlari - lari di keliling surau. Kebiasaannya kami akan main masak - masak, kami kemudiannya akan berkumpul ramai - ramai untuk tentukan siapa yang akan jadi kakak pertama, kakak kedua, adik, mak semua. Belakang surau akan jadi tempat kami bermain, habislah segala daun-daun pokok kami ambil untuk dijadikan bahan memasak itu, buah - buah kecil yang ada di belakang surau pun kami ambil juga. Kemudian gate surau itu kami jadikan sebagai pintu rumah kami semua. Kemudian adik lelaki kawan aku yang masih kecil itu kami kahwinkan dia dengan budak lperempuan yang lagi kecik dari kami semua. Lepas itu bermulalah perarakan perkahwinan tu, siap duduk bersanding lagi. Daun - daun yang kami ambil itu kami baling - baling dan taburkan ke arah budak - budak kecil yang bersanding itu.

Sampailah ustaz jerit masuk semua, baru kami semua berhenti dan masuk semula ke surau. Lepas habis mengaji kami semua terus balik ke rumah sebab nak bersiap-siap untuk ke sekolah pula. Itu cerita masa mengaji di waktu pagi kan. Ini pula masa sekolah pagi dan mengaji di waktu petang. Masa ini dah besar sikit, maybe dalam darjah 4 atau 5, jadi dah tak main masak - masak semua ni. Lepas habis mengaji, kami semua dalam 4 hingga 5 orang suka masuk ke dalam surau di tingkat atas di bahagian tempat solat perempuan. Lepas itu kami duduk dekat situ dan sembang - sembang. Lagi pun waktu petang memang tak ramai orang dalam surau itu. Entah macam mana ustaz kami tu boleh tahu kami semua ada dalam surau tu, mungkin sebab kami bising jadi dia tahu ada orang dekat situ. Apa lagi ustaz tu suruh kami semua balik rumah masing - masing dan jangan bermain - main dalam surau tu dah.

Tapi kami semua jenis tak tahu nak serik, masih tetap curi - curi masuk ke dalam surau itu. Kadang - kadang bila dengar ustaz tu naik tangga surau, terus kami cepat - cepat sembunyi di belakang tirai besar.  Tapi ustaz itu tahu kami sembunyi disitu jadi mission tak begitu berjaya. Itu antara kenangan masa zaman kanak - kanak aku. Zaman sekarang ini, budak - budak asyik habiskan masa dengan bermain handphone masing - masing saja dah tak sama macam dulu.

Gambar diatas credit to https://pixabay.com
Read More

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

Man, Business, Cartoon, Businessman, Business Man, Ciri - Ciri Lelaki Idaman, Jenis Lelaki Yang Perempuan Suka, 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku, Lelaki Penyayang dan Penyabar, Lelaki Tidak Merokok, Beriman, Kemas, Soal Lelaki, Jodoh, Cinta,
5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Miss Mulan

- Lelaki yang penyayang dan penyabar, susah nak cari lelaki jenis penyabar ini di zaman sekarang. Ada tu memang ada tapi biasalah susah nak jumpa kan, yang jenis panas baran dan ego memang ramai. Kalau lelaki itu jenis yang sukakan kucing lagilah bagus, baru betul penyayang, betul tak?. Lelaki yang memelihara kucing memang senang disukai oleh wanita.

-Lelaki Yang Tidak Merokok, Aku memang kurang gemar dengan lelaki - lelaki yang merokok ini, dah tahu rokok itu membahayakan kesihatan tapi masih nak hisap juga. Tambah - tambah aku ada Asthma, memang aku tak boleh dekat dengan orang yang merokok ni. Zaman sekarang ni memang ramai lelaki merokok, tak tahulah apa puncanya kaum lelaki mula merokok, adakah sebab tekanan, sebab ikut kawan - kawan, atau sebab nak mencuba sesuatu yang baru. Plus harga rokok juga semakin mahal, tapi masih ada lelaki yang tak kisah soal harga rokok ini, mahal atau murah, mereka tetap akan beli, membazir betul. Dekat universiti dulu, aku dah tengok ramai lelaki merokok, pernah dulu, ketika aku baru masuk universiti, di tahun pertama, aku tersuka pada seorang abang senior ini yang merupakan ketua pembantu mahasiswa. Aku suka tengok personaliti dia yang friendly, peramah dan kelakar itu. Akhirnya aku terdengar perbualan kakak senior yang mengatakan abang tersebut merokok, jadi lepas itu, perasaan suka pada abang senior itu mula berkurang dan aku tersuka pula dekat abang senior yang lain yang lebih comel hehe.

-Lelaki yang tidak kedekut, maknanya lelaki yang tidak terlampau kedekut atau tangkai jering. Nak berjimat pun biarlah berpada-pada, yang penting biar semuanya serba sederhana. Rasanya semua wanita akan stress dengan personaliti lelaki yang kedekut ini.

-Lelaki Yang kemas, maksud aku kemas seadanya dari segi pemakaian dan penjagaan muka bukannya serabai. Contohnya misai, jambang tidak bercukur, aku suka tengok lelaki yang kemas atau dalam erti kata lain, wajahnya bersih dari segala misai, jambang dan sebagainya.

-Ini yang paling penting sekali, iaitu Lelaki yang Beriman, kalau dia beriman insyaallah dia boleh bimbing org - orang disekelilingnya juga.

Gambar diatas credit to https://pixabay.com

Read More

5 Sep 2014

Koleksi Buku Kegemaran Aku

Koleksi Buku Kegemaran Aku

Dulu masa kecil aku suka beli dan baca Komik Doraemon, aku ada banyak koleksi komik Doraemon itu, sampai sekarang ada lagi komik - komik itu, tapi aku tak pernah baca dah. Komik - komik itu semua masih tersimpan dalam almari yang tak pernah aku buka, tak tahulah apa yang jadi dengan komik - komik itu semua entah - entah dah kena gigit dengan tikus agaknya. Selain komik Doraemon, aku juga ada beli dan mempunyai banyak koleksi komik Anak - Anak Sidek. Bila dah besar, tak silap aku masa aku form 4, aku suruh mak aku belikan novel untuk aku sebagai hadiah sebab aku dapat nombor satu dalam kelas. Novel itu masa tu harganya dalam RM55.00 sebab tebal, sekarang ini harganya mungkin dah murah sedikit berbanding dulu. Novel yang paling aku suka adalah novel tulisan Ahadiat Akashah yg bertajuk Hikayat Cinderella. Aku ini memang jenis yang suka baca novel tebal - tebal ni.
Book, Read, Literature, Book Pages, Paper, Spring, koleksi, buku, hobi, membaca, kegemaran, kesukaan, novel, komik, buku sejarah, novelis ahadiat akashah, novel hikayat cinderella, komik doraemon, komik anak - anak sidek,
Banyak novel - novel tulisan Ahadiat Akashah yang aku baca dan novel itu ada dalam koleksi simpanan aku contohnya macam Lagenda Budak Setan 1,2 & 3, Pilot Cafe, Dilema Salina, Untuk 3 Hari, dan banyak lagi. Jadi tu semua antara buku kegemaran aku. Selain novel - novel tersebut, ada banyak lagi novel tulisan novelis lain yang aku ada. Dulu aku memang kerap beli novel di Popular Book, tapi sekarang ini aku dah jarang beli novel. Selain Novel, aku juga gemar baca buku - buku tentang sejarah. Dari sekolah lagi aku memang suka subjek Sejarah dan suka baca buku mengenai sejarah, jadi buku - buku berunsurkan sejarah memang antara kegemaran aku. Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh kita dapat bila baca buku Sejarah ni. 

Gambar diatas ini credit to https://pixabay.com
Read More

2 Sep 2014

Fenomena Ayda Jebat & Zul Ariffin

Zul Ariffin,  Ayda Jebat, Drama Rindu Awak 200% , Watak, Senarai, Drama, Filem,
Fenomena Drama Rindu Awak 200%, Ayda Jebat dan Zul Ariffin

Nampaknya drama Rindu Awak 200% memang fenomena betul, ramai yang suka tengok drama ini kan dan ramai juga yang jatuh hati dengan Zill Faezrul yang dilakonkan oleh Zul Ariffin tu. Aku suka tengok wajah comel Armel Aisya lakonan Ayda Jebat. Drama popular ini sentiasa trending di Twitter. Apa pun drama ini dah habis semalam, dan aku berpuas hati dengan ending drama ini sebab jalan cerita tak tergantung dan happy ending. Dengar cerita Zul Ariffin dah dapat tawaran berlakon drama dalam slot akasia lagi yang tajuknya Istikharah Cinta kalau aku tak silap. Memang makin murah rezeki Zul Ariffin dan Ayda Jebat ini.

Update 2017

Drama Rindu Awak 200% sememangnya melonjakkan nama Ayda Jebat dan Zul Ariffin, sekarang ini di tahun 2017, nama mereka berdua memang benar - benar popular dan menjadi pilihan ramai pengarah serta mempunyai peminat yang ramai. Pada tahun 2015, Ayda Jebat sekali lagi bergandingan dengan Zul Ariffin dalam drama arahan Michael Ang iaitu M.A.I.D yang disiarkan di Astro Ria pada bulan puasa. Seperti biasa drama M.A.I.D juga menjadi kesukaan penonton dan mereka berdua kini antara pelakon yang berbakat besar dan telah berlakon dalam banyak drama, telemovie mahu pun filem yang best serta memenangi anugerah. Ayda Jebat misalnya telah mendapat pelbagai anugerah serta turut cemerlang sebagai penyanyi. Lagu - lagu nyanyiannya seperti lagu Siapa Diriku, Pencuri Hati dan Nakal Nakal Nakal menjadi popular dan mendapat tempat di hati pendengar. Selain itu banyak juga drama - drama lakonan Ayda Jebat menjadi kesukaan penonton seperti Drama Suami Sebelah Rumah, Isteri Separuh Masa, Assalammualaikum Cinta, Awak Sangat Nakal, Ku Kirim Cinta dan banyak lagi. 

Selain itu Ayda Jebat juga bakal muncul dengan filemnya yang terbaru bertajuk Pinjamkan Hatiku yang akan ditayangkan di pawagam tak lama lagi. Manakala Zul Ariffin turut cemerlang dalam lakonannya sama ada dalam drama mahu pun filem. Zul Ariffin muncul dengan drama - drama menarik yang sentiasa trending seperti drama Uda dan Dara, drama Menanti Februari dan banyak lagi. Malah baru - baru ini Zul turut menang Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 30 menerusi filem popularnya iaitu filem J Revolusi. Tak sabar nak tunggu filem baru Zul Ariffin dengan Farid Kamil yang bertajuk Tombiruo - Penunggu Rimba. Tertunggu - tunggu juga kalau nanti ada drama yang akan menggandingkan semula Ayda Jebat dan Zul Ariffin ini. 

Gambar Diatas sekali itu credit to https://commons.wikimedia.org
Read More

20 Ogo 2014

Kenangan Ketika Menonton Movie Beramai-ramai

Filem Ayat - Ayat Cinta, Movie, Filem, Indonesia Movie, Bollywood, Malay Movie, Filem Melayu, Drama Korea, Korean Drama, My Girl, Kenangan, Memori, Sahabat, Kawan, Housemate, Rumah Sewa, UM,
Kenangan Ketika Menonton Movie Beramai-ramai

Memang seronok menonton movie/drama secara beramai-ramai ini, walaupun dah pernah tengok cerita itu, tapi bila tengok balik dengan kawan - kawan yang lain rasa lebih seronok pula. Feel diea lain dari tengok seorang diri. Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu, kawan - kawan aku datang ke rumah aku lepas balik sekolah dengan lengkap beruniform sekolah sebab nak tengok VCD Original Filem Pontianak Menjerit. Walaupun rumah aku kecil saja dan tak sebesar dan selesa mcm rumah kawan - kawan aku ini, tapi semua enjoy dan happy bila dapat berkumpul ramai - ramai sambil menonton filem yang best dan kelakar. Bila masuk asrama pula, aku ingat lagi kami semua dan kakak - kakak senior yang lain tercegat depan laptop dan menonton Dvd Original drama korea My Girl. Memang best time ini, terutamanya bila ada adegan - adegan yang sweet dan kelakar semua pun menjerit - jerit dan cakap sweetnya cerita ini.

Seterusnya ketika di rumah sewa di Kuala Lumpur, housemate dan aku, ramai - ramai menonton dvd original filem Indonesia Ayat-Ayat Cinta. Siap guna 2 laptop sebab satu laptop tu tak bunyi dengan kuat, jadi terpaksa guna 2 laptop. Memang sedih habis tengok filem ini. Jalan cerita dan lagu - lagu dalam filem ini semuanya best - best belaka. Memang enjoy dan happy dapat tengok ramai - ramai cerita ini. Ikutkan banyak lagi movie yang kami semua tengok secara beramai - ramai tapi ini saja yang paling aku ingat.

Seterusnya kami semua menonton filem legend Bollywood iaitu Kuch Kuch Hota Hai. VCD original Kuch Kuch Hota Hai ini memang aku dah bawa siap - siap dari rumah lagi ke rumah sewa di Kuala Lumpur itu, lagi pun kalau boring boleh juga menontonnya. So start waktu malam itu, kami start tengok dvd filem korea yang kawan aku bawa dari kolej dia, lepas dah habis cerita itu, kami sambung pula tengok dvd filem Korea yang kelakar, yang ada dalam simpanan aku. Bila menjelang tengah malam, boleh lagi kami sambung menonton filem Bollywood Kuch-Kuch Hota Hai pula. Siap pause laptop itu untuk pergi solat subuh. Selepas dah solat, kami sambung lagi tengok cerita itu sampai habis. Memang rindu saat - saat ini, lagi pun ketika ini kami dah habis exam, so kira celebrate puas - puas dengan menonton segala cerita yang ada. Apapun memang rindu dengan kawan - kawan di zaman sekolah, kawan - kawan zaman universiti. Ini semua antara kenangan manis kita semua.

Read More

18 Ogo 2014

Masih Mencari Template Blog Yang Sesuai

Template, Layout, Website, Blog, Theme, E-Commerce, My Blog, Blog Dari Hati Miss Mulan, Template Blog, Wajah Baru, Design Blog, Blogger, Blogspot,
Kisah Template, Aku Dan Blog Dari Hati Miss Mulan

Agak tension juga mencari template blog yang sesuai dengan kehendak hati ini. Ikutkan memang dah berkenan dengan template blog yang sedia ada ni. Tapi ada masalah dari segi tarikh dan masa yang mana ianya tidak tertera di blog tapi tertera "Undefined". Dah cuba betulkan di setting tapi tetap muncul perkataan undefined dekat sebelah kanan itu. Ini yang tak best ni.  Bila cuba template lain tak bersesuaian pula. Tengoklah kalau rajin nanti, aku akan mencari template lain yang lebih menarik. (2014)

Update! (2017)
Beginilah rupa blog dan template untuk Blog Dari Hati Miss Mulan ini, template blog ini credit pada Mastura Aziz. Sebelum ini aku tak pernah gunakan warna purple untuk warna tema blog dan ini adalah kali pertama. Aku suka dengan corak bunga - bunga yang ada dalam blog ini, kalau pengunjung masuk ke blog ini, pasti mereka boleh teka yang owner blog ini adalah perempuan, sebab blog ini penuh dengan bunga - bunga. Aku juga ada tukar sedikit layout blog ini terutamanya di bahagian header dan juga aku tambah sendiri butang read more dalam blog ini. Header blog ini memang aku reka dan design sendiri, aku tak begitu puas hati dengan header blog ini, tapi malas pula aku nak edit untuk buat header baru, lagi pun aku tidak begitu kreatif dalam membuat header mahu pun bermain coding blog ini. Kadang - kadang nak buat header blog saja dah ambil masa yang lama sampai sehari suntuk sebab aku ini kadang - kadang cerewet juga.

Aku juga ada memasukkan menu bar di bawah header blog ini, ikutkan aku nak buat menu bar drop down, tapi bila aku cuba tutorial, semuanya tak menjadi pula. Dah banyak tutorial yang aku cuba tapi tak menjadi juga. Nanti kalau rajin, mungkin aku akan cuba lagi untuk buat menu bar drop down itu. Aku juga dalam proses mengedit entry - entry dalam blog ini sebab aku nak memikat Google Adsense itu. Ikutkan aku dah berjaya dapatkan akaun Google Adsense tapi akhirnya ditarik balik sebab ada banyak kekurangan dalam blog ini. Misalnya banyak entry aku agak pendek karangannya, malah ada banyak gambar dari isinya, jadi terpaksalah aku delete entry - entry yang aku rasakan tak perlu atau pun aku revert saja ke draft. Banyak entry - entry segmen mahu pun entry giveaway aku delete sebab semua entry - entry itu pendek karangannya. Selain itu entry terbaru blog ini semuanya panjang - panjang karangannya.

Aku juga dah masukkan page sitemap dan about me di bahagian menu bar itu, cuma aku belum update lagi sebab aku fokuskan untuk edit semua entry - entry blog ini. Apa pun aku harapkan Google Adsense akan approve Blog Dari Hati Miss Mulan ini nanti sebab aku dah berusaha sebaik mungkin untuk mengikut peraturan Google Adsense ini. Jadi doakan aku ye, semoga ada rezeki aku dengan Google Adsense ini. Amin..

Gambar diatas credit to https://pixabay.com
Read More

My Random Post