7 Okt 2015

Ulasan Filem Bravo 5

Review, Ulasan, Filem Melayu, Malay Movie, Bravo 5, Tugu Negara, Pelakon, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson, Chew Kin Wah, Siti Saleha,
Ulasan Filem Bravo 5

Baru-baru ni aku ada menonton Filem Bravo 5 lakonan  Beto KusyairyRemy IshakSofi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin WahFilem ini mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dulu. Melalui filem ini baru aku tahu yang tahun 1989 masih ada lagi saki baki komunis di Malaysia ini, nampak sangat pengetahuan sejarah aku masih lagi kurang, walaupun aku minat subjek Sejarah. Filem ini dibarisi pelakon - pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Remy Ishak serta Sinematografi filem ini sangat cantik okey sesuai dengan bajet besar filem ini.

Permulaan cerita filem Bravo 5 ini memang best, jalan ceritanya berjalan lancar, tapi bila masuk pertengahan cerita dan akhir cerita ianya dah jadi boring sedikit bagi aku. Rasa macam ada benda yang tak kena masa di pertengahan cerita itu, tak dramatik dah jadinya. Apa pun pujian harus diberikan juga untuk filem ini sebab diorang berani untuk buat filem ini, sekurang - kurangnya ada juga filem perang Malaysia ini. Lagi pun jarang - jarang kita ada filem yang bercorak sebegini jadi haruslah kita menghargainya. Cuma kalau jalan cerita filem ini diperkemaskan lagi, mungkin akan jadi lebih menarik. Apa pun aku harap di masa - masa akan datang akan ada lagi filem - filem yang bergenre sebegini akan dihasilkan. Supaya generasi baru dapat melihat betapa susahnya untuk mempertahankan negara dari ancaman komunis dan lebih menghargai keamanan dan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post