2 Jan 2016

Filem Happy New Year Lakonan ShahRukh Khan Dan Deepika Padukone

Filem, Movie, Bollywood, Hindi, Hindustan, Bollywood Movie, Filem Happy New Year, Pelakon, SRK, Deepika,  Abhishek Bachan, Sonu Sood, Boman Irani, Jackie Shroff dan Vivaan Shah,
Filem Happy New Year Lakonan ShahRukh Khan Dan Deepika Padukone

Filem Happy New Year ini release pada tahun 2014 dan merupakan kali ketiga Shah Rukh Khan bergandingan dengan Deepika Padukone selepas filem Om Shanti Om dan Chennai Express. Selain itu, filem ini turut dilakonkan oleh Abhishek Bachan, Sonu Sood, Boman Irani, Jackie Shroff dan Vivaan Shah. Aku dah tengok filem ini memang best. Pada 2 Januari 2016 ini, Tv3 akan menayangkan Filem Happy New Year ini di slot panggung sabtu. Aku harap sangat diorang tak potong mana - mana scene semata -mata nak cukupkan masa disebabkan iklan terlampau banyak. Better tayang filem Happy New Year ini di waktu malam berbanding waktu petang sebab lebih ramai akan tengok filem ini nanti. Aku selalu terbaca komplain dekat Facebook mengenai Tv3 yang tak ada stok cerita hindustan lain yang baru - baru dan best untuk ditayangkan. Asyik ulang cerita yang sama berulang kali, sampai muak penonton. Aku sendiri pun jarang tengok Cerita Bollywood / Hindustan dekat Tv3 ini sebab semuanya agak lama dan merupakan ulangan. Sedangkan Beratus filem baru Bollywood yang best - best yang release setiap tahun di India.

Disebabkan Filem Happy New Year ini kira filem baru yang belum ditayangkan dekat mana - mana stesen tv lain, so insyaallah aku akan tonton nanti. Lagipun aku baru tengok cerita ini sekali saja. Semalam kat Channel Astro kat Zee Variasi pun ada tayang cerita hindustan best yang bertajuk Yeh Jawani Hai Deewani lakonan Deepika dan Ranbir Kapoor. Alangkah bestnya kalau hari - hari diorang siarkan cerita yang best - best. Berbalik pada filem Happy New Year ini, banyak juga scene - scene menarik dan kelakar dalam filem ini contohnya scene ketika watak Deepika yang obses dan suka pada mereka yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik seperti watak Shah Rukh Khan. Kemudian scene ketika watak Shah Rukh Khan dan kumpulannya yang cuba belajar dan berlatih menari tu juga sangat kelakar, guru tarian yang diorang ambil, semuanya pelik - pelik, sampailah diorang jumpa watak Deepika Padukone ini. Aku juga suka tengok beberapa scene yang diorang memparodikan filem Om Shanti Om dan Filem Chakde India

Tak sangka juga diorang boleh selitkan parodi 2 filem berkenaan dalam filem Happy New Year ini. Ending filem ini memang happy endinglah bila semua yang jahat mendapat balasannya. Apa pun bagi aku filem Happy New Year ini memang seronok ditonton.

Gambar Di atas credit to  Bollywood Hungama

3 ulasan:

  1. tu la...tgk iklan mcm best..hari dah kerja..t balik nak g dobi baju cepat2..sebab nak layan citer ni

    BalasPadam
  2. Macam best ja.. Dah la Deepika cantik gila.. huhu.. Selamat Tahun Baru.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. MD follow sini jugak =)

    BalasPadam
  3. Minat movie hindustan yer... Jemput join ke kontest MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung yer...

    http://www.myideakini.com/2015/12/kontest-seo-myideakinicom-2015.html

    BalasPadam

My Random Post