13 Jan 2016

Filem Heropanti Lakonan Tiger Shroff & Kriti Sanon

Filem, Movie, Hindi, Bollywood, Hindustan, Heropanti, Debut, Pelakon, Tiger Shroff, Kriti Sanon, Review,
Ulasan Filem Heropanti Lakonan Tiger Shroff & Kriti Sanon

Ahad yang lalu, aku ada menonton filem hindustan dekat Astro Citra, iaitu Filem Heropanti yang boleh dikategorikan masih baru juga sebab release tahun 2014. Heropanti bermaksud "Big Attitude" dan merupakan filem debut / filem pertama buat Tiger Shroff yang merupakan anak kepada pelakon Bollywood juga iaitu Jackie Shroff. Begitu juga dengan Kriti Sanon, filem Heropanti ini juga merupakan filem debutnya untuk industri filem Bollywood. Rasanya ramai yang kenal dengan Kriti Sanon ini sebab dia juga berlakon dalam filem Dilwale yang ada Shah Rukh Khan dan Kajol tu dan Kriti Sanon ini berlakon jadi adik Kajol tu, ingat tak?. Gandingan hero dan heroin cerita ini memang nampak okey dan sepadan, kiranya bagai pinang dibelah dua, sebabnya seorang kacak dan seorang lagi cantik jelita, memang sweet dah gandingan diorang ini. Selain itu, aku juga suka dengan poster filem Heropanti ini, sangat cantik posternya, boleh buat penonton tertarik untuk menonton Bollywood Movie ini.

Manakala jalan cerita filem ini dah macam filem tamil sebab banyak sangat samseng, lagi pun filem ini memang remake filem telugu, jadi sebab itu ada unsur - unsur ala - ala filem Tamil tu. Kadang - kadang rimas juga tengok samseng banyak sangat dalam filem ini, Apa pun ada pengajaran juga dalam cerita ini, iaitu kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuannya, kebebasan wanita dalam membuat keputusan dan pilihan dan lain - lain lagi. Kira okey juga filem ini, cuma banyak sangat adegan lawan - lawan dan bergaduh antara samseng itu semua. Nak kata best sangat tu tak adalah, tapi masih berbaloi menonton filem ini, ini ditambah lagi dengan lagu - lagunya yang menarik serta pelakon yang berbakat besar. Apapun dekat India, filem Heropanti ini kira berjaya juga, sebab agak laris dari segi kutipan tiketnya di pawagam.

Menerusi Filem Heropanti ini juga, Tiger Shroff telah memenangi banyak anugerah antaranya adalah Best Male Debut, Superstar of Tomorrow - Male dan banyak lagi. Aku perasan yang kebanyakan filem - filem lakonan Tiger Shroff ini bergenre Aksi dan Superhero seperti filemnya yang kedua dan ketiga iaitu Baaghi dan A Flying Jatt. Manakala filem Dilwale merupakan filem Hindi kedua buat Kriti Sanon diikuti dengan filem Raabta lakonannya bersama dengan Sushant Singh Rajput. Secara keseluruhannya aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk filem Heropanti ini.

Gambar di atas credit to  Bollywood Hungama

4 ulasan:



My Random Post