10 Jan 2016

Gori Tere Pyaar Mein Lakonan Imran Khan & Kareena Kapoor

Filem Gori Tere Pyaar Mein, Bollywood Movie, Hindi Movie, India, Pelakon, Imran Khan, Kareena Kapoor Khan, Shraddha Kapoor, Jambatan, Bridge, Kampung, Rural Area, Romantik Komedi, Sweet,
Ulasan Filem Gori Tere Pyaar Mein Lakonan Imran Khan & Kareena Kapoor

Lepas filem Happy New Year yang agak baru juga ditayangkan minggu lalu, kini filem Bollywood yang bertajuk Gori Tere Pyaar Mein ditayangkan minggu ini. Nampaknya dah 2 minggu berturut-turut TV3 tayangkan filem yang agak baru. Minggu - minggu akan datang tak tahulah kan, mungkin diorang akan ulang semula filem - filem lama yang dah disiarkan berulang kali sebelum ini. Apa pun ini first time aku menonton filem Gori Tere Pyaar Mein ni, cerita ini dilakonkan oleh Imran Khan, Kareena Kapoor, Anupam Kher, Shraddha Kapoor dan ramai lagi. Filem ni release tahun 2013, menarik juga jalan ceritanya, lain dari yang lain dan unik, aku suka dengan watak Kareena Kapoor yang agak gila - gila itu. Dia berani dan suka membantu orang susah dan miskin sampai sanggup tinggal di kampung yang terpencil dan buat banyak benda untuk membantu orang kampung di situ, seperti merawat orang kampung yang sakit, sehinggalah ke pembinaan jambatan di kampung tersebut. Salah satu masalah terbesar orang kampung di situ adalah ketiadaan jambatan yang kukuh dan besar menyebabkan penduduk di situ berada dalam keadaan yang susah kerana tiada bantuan yang dapat masuk ke kampung itu.

Manakala watak Imran Khan ini agak kurang matang, suka enjoy sana sini, happy go lucky, sehinggalah dia berjumpa dengan watak Kareena Kapoor itu. Aku suka dengan cara watak Imran Khan tu jatuh cinta pada watak Kareena itu, Sampai last - last sekali, dia pun terlibat sekali dengan pembinaan jambatan itu semua. Walaupun mereka berdua menghadapi banyak masalah dalam menyiapkan jambatan itu kerana terdapat bantahan serta sabotaj dari pihak tertentu. Mereka tetap mencari jalan dan berfikiran positif dan ending filem Gori Tere Pyaar Mein ini memang happy ending sebab mereka akhirnya bersatu, walaupun perangai watak Kareena masih sama macam dulu, tapi nampaklah yang watak Imran Khan itu dah jadi lebih matang lepas bercampur gaul dengan penduduk kampung semua. Bagi aku filem Gori Tere Pyaar Mein ini okey juga dan menarik bagi aku. Apa pun aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang untuk filem ini. Hope minggu depan ada cerita Hindustan yang baru dan best lagi.

Gambar di atas credit to Bollywood Hungama

3 ulasan:

  1. Hai.. cikla tgk jugak cerita ni siang tdi. Tp half je... tak tau starting mcm mne.... so far ok ok je cite ni...

    BalasPadam
  2. Layan gak cite nie td kat tv3.. terbaikkk

    BalasPadam
  3. dah lama tak tengok citer hindustan..


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html

    maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)

    BalasPadam



My Random Post