24 Feb 2016

Kelebihan Masuk Tingkatan 6 (STPM)

Tingkatan 6, Form 6, Kelebihan Masuk Tingkatan Enam, Kelebihan Ambil STPM, STPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Universiti, Pra - U, Sekolah, Pengalaman, Kenangan,
Kelebihan Masuk Tingkatan 6 (STPM)

Aku dulu pun memang masuk Tingkatan 6 dan menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Dari pengalaman aku, memang best masuk tingkatan 6 / Form 6. Aku pun hairan kenapalah ramai pelajar sekarang dalam dilema sama ada nak masuk ke tidak form 6 itu. Macam aku dulu lepas SPM tak ada banyak pikir pun terus decide nak masuk form 6. Lagi pun aku masih nak menikmati zaman persekolahan lebih lama lagi berbanding yang lain, lagi pun zaman persekolahan inilah yang akan korang kenang sampai bila - bila, betul tak?. Alhamdulilah Result STPM aku pun okey dan lebih baik dari SPM aku, pointer pun boleh tahan. Lepas STPM terus dapat masuk Universiti Malaya (UM) dengan kos pilihan aku. Selain itu bila masuk Form 6 ini, aku lebih senang fokus pada pelajaran sebab mata pelajaran / subjek yang perlu diambil tak adalah sebanyak SPM dan walaupun subjeknya mungkin ada jugak susahnya tapi kalau ada kemahuan dan rajin mesti boleh berjaya. Kelebihan lain masuk Form 6 ini korang boleh tengok gambar dekat atas tu. Satu benda saja yang tak best bila masuk tingkatan enam ini, sebab korang masih kena berhimpun macam kanak - kanak dekat perhimpunan pagi dekat sekolah tu. Itu sajalah yang tak best, yang lain semuanya best, tapi sekarang ini Form 6 lebih baik dari dulu sebab dah ada sekolah khas untuk tingkatan enam dan korang dah tak perlu nak berpakaian sekolah, bercampur dengan budak sekolah semua. Ini bermakna tingkatan 6 sekarang dah macam ala - ala universiti, dari segi subjek mata pelajaran pun dibuat seperti ala - ala universiti. Bestnya, jadi nanti korang tak perlulah nak berada dalam dilema dah sebab form 6 sekarang dah banyak beza berbanding dulu dan lebih best.
Convocation Ceremony UM, Universiti Malaya, UM, Kenangan, Memori, STPM, Degree, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Buku, Student UM, Tesis,
Buku Istiadat Konvokesyen UM Milik Aku, tak sangka juga dari Form 6 ke Universiti Malaya. 

Read More

15 Feb 2016

Tevar - Bollywood Movie Review & Synopsis

sinopsis, bollywood, hindi movie, bollywood film, Filem, Movie, Cerita Hindustan, Tevar, Review, Pelakon,  Arjun Kapoor, Sonakshi Sinha, Manoj Bajpayee,
Tevar - Bollywood Movie Review & Synopsis

Lama nak buat entry review filem ini tapi tak sempat, sekarang baru ada masa nak cerita tentang filem ini, jadi aku nak buat review ringkas mengenai Filem Bollywood Tevar ini. Baru-baru ini aku ada layan filem Bollywood / Hindustan yang bertajuk Tevar dekat Astro Citra. Filem Tevar ini release pada bulan Januari 2015 dan dilakonkan oleh Arjun Kapoor, Sonakshi Sinha, Manoj Bajpayee dan ramai lagi. Bagi aku filem ini boleh tahan best juga, walaupun diawalnya agak boring sikit sebab dia tunjuk pasal pertandingan kabadi dan juga cerita tentang geng - geng dan samseng - samseng yang bergaduh. Walaubagaimanapun jalan cerita mula menjadi menarik bila watak Sonakshi Sinha sebagai Radhika cuba melarikan diri daripada ketua samseng iaitu Gajendar Singh. Gajendar memaksa Radhika untuk berkahwin dengannya, walaupun Gajendar itu dah bunuh abang Radhika. Semasa Gajendar tengah marah - marah dan pukul Radhika, Pintoo (Arjun Kapoor) yang kebetulan berada disitu cuba mendamaikan diorang namun sebaliknya terjadi, bila dirinya pula dimarahi dan dipukul.

Pintoo yang berasa marah terus menyelamatkan Radhika dari Gajendar dengan melarikannya. Mulai dari sini jalan cerita dah jadi best bila Pintoo dah mula terlibat dan masuk campur dalam hal Radhika dan Gajendar. Pintoo bersungguh-sungguh menyelamatkan Radhika walaupun nyawanya terancam. Best tengok part ini, siap Pintoo curi-curi bawa Radhika bersembunyi di rumahnya. Melihatkan kesungguhan Pintoo yang seboleh mungkin cuba menyelamatkannya, membuatkan Radhika akhirnya jatuh cinta pada Pintoo. Yela perempuan mana pun akan jatuh cinta dengan Pintoo ini sebab ikhlas membantu, walaupun dia tak tahu siapa Radhika yang sebenar. Akhirnya Pintoo juga jatuh cinta pada Radhika, cuma Pintoo saja yang tak sedar dengan perasaannya sendiri sampailah dia dah hantar Radhika ke Airport. Tapi scene dekat Airport tu macam tak logik pun ada juga, sebab Pintoo awal - awalnya dah bersungguh-sungguh suruh Radhika masuk ke dalam Airport dan pergi cepat - cepat dari situ dan kemudian, boleh pula dia ubah keputusannya dengan cepatnya bila dia secara tiba - tiba menyedari yang dirinya cintakan Radhika.

Lagu - lagu / OST Tevar dalam filem ini okey, sedaplah juga. Manakala ending filem Tevar ini memang happy ending cuma tak logik juga, bila hero dah kena tikam dan dah rebah pun tapi dengan secara tiba - tibanya dia boleh bangun dan berlawan kembali dengan Gajendar tu. Disebalik scene - scene yang tak berapa logik itu, Movie Tevar ini kira sesuai juga untuk ditonton dikala kebosanan tu. Aku bagi 2.5 Bintang dari 5 bintang untuk filem Tevar ni.

Gambar di atas credit to  Bollywood Hungama
Read More

My Random Post