31 Mei 2016

Prophecy - Japanese Movie Review

Filem Jepun, Japanese Movie, Prophecy, Yokokuhan, Sinopsis, Review, Pelakon, Toma Ikuta, Erika Toda, Ryohei Suzuki, Gaku Hamada,
Prophecy - Japanese Movie Review

Dulu aku ada menonton Filem Jepun yang bertajuk Prophecy, actually aku sebenarnya lebih layan drama / movie Korea saja, tapi entah macam mana aku ada tengok cerita Prophecy (Yokokuhan) ini di cinema, tapi baru sekarang aku sempat nak buat review filem ini. Movie ini release tahun 2015 dan dilakonkan oleh Toma Ikuta, Erika Toda, Ryohei Suzuki, Gaku Hamada dan ramai lagi. Aku memang kurang kenal sikit pelakon - pelakon Jepun ini tapi dulu - dulu aku ada tersuka dengan pelakon Mizobata Junpei lepas tengok Movie High School Live Action Debut. Berbalik pada Movie Prophecy ini, aku tertarik nak tengok movie ini sebab jalan ceritanya macam menarik dan unik sikit. Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda yang mengelarkan kumpulan mereka sebagai Shinbunshi. Mereka mengupload video di Yourtube dengan memakai topeng yang diperbuat daripada surat khabar dan memberitahu serta membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi, dimana mereka akan menghukum sesiapa yang berbuat jahat dalam masyarakat.
Tak silap aku diorang ini tak adalah sampai membunuh cuma mencederakan orang jahat saja. Ada beberapa perkara yang aku kurang faham dalam cerita ini, dan ada juga beberapa perkara yang aku rasa tak logik dalam movie ini. Mungkin masa tengok movie ini aku tak berapa fokus tu yang menyebabkan aku jadi tak faham tu. Tujuan diorang buat semua benda ini adalah untuk mendapatkan perhatian orang ramai, demi menunaikan impian salah sorang sahabat mereka yang telah meninggal iaitu mencari ayahnya. Tapi cara diorang mencari perhatian itu memang sangat extreme betul. Sampai sanggup buat cubaan membunuh diri di akhir cerita, dan ending movie ni memang sedih bila Geitsu (ketua kumpulan Shinbunshi) mati. Geitsu ini awalnya bekerja sebagai pekerja pelatih di Syarikat IT tapi akhirnya diberhentikan dengan cara yang kejam sekali. Lepas dari itu Geitsu ni sukar nak cari kerja, semua tak nak ambik dia bekerja sampai dia kena kerja kuli, iaitu buat kerja - kerja berat. Geitsu ini kacak orangnya tapi kenapa dia tak pergi minta kerja jadi model ke kan?, mesti dapat kalau dia minta kerja jenis begitu. 
Di situ Geitsu berkenalan dengan ahli kumpulannya yang lain dan jadi kawan baik. Antara mereka, Geitsu seoranglah yang paling bijak. Disitu juga majikan mereka melayan dengan teruk sehingga salah sorang dari mereka mati akibat sakit. Disebabkan geram dengan majikan mereka yang tidak berhati perut itu, diorang semua berpakat untuk membunuh majikan mereka dan seterusnya terbentuklah kumpulan mereka Shinbunshi. Aku tak faham juga kenapa Geitsu tak membalas dendam atau memberi pengajaran kepada majikan lamanya yang juga busuk hati itu, patutnya majikan lamanya dan seluruh pekerja disitu harus diberi pengajaran. Tapi niat sebenar Geitsu dan kawan - kawannya sangat murni, diorang hanya nak benda simple, tapi terpaksa melakukan sesuatu yang ekstrem untuk mendapatkan perhatian masyarakat. Agak meluat juga tengok sikap polis wanita yang bernama Erika tu, dia nampak ego dan sombong. Ada satu scene tu, dimana dia berlari-lari mengejar Geitsu, namun bila Geitsu masuk dalam satu lorong / lubang yang dimdepannya ada air, boleh pula si Erika itu berhenti mengejar dan just menjerit saja untuk bercakap dengan Geitsu. Lepas itu Erika dah ada di balai polis dan Geitsu terlepas. Terpikir juga macam manalah Geitsu itu boleh terlepas dari Erika itu.

Masa part last tu baru nampak Erika sedih dan berasa kasihan pada Geitsu, bila dia dapat tahu motif sebenar kumpulan Geitsu ini. Tambahan lagi Geitsu sanggup mengorbankan nyawanya demi mencapai matlamat mereka. Malahan memberi peluang kepada kawan - kawannya untuk memulakan kehidupan baru selepas kematiannya. Erika sedih bila Geitsu sanggup buat semua benda ini atas sebab - sebab yang tidak begitu penting. Apapun bagi aku, movie ini boleh tahan juga dan aku bagi 6.5 Bintang dari 10 bintang untuk Filem Prophecy ini.

Gambar Di atas credit to https://commons.wikimedia.org

1 ulasan:

My Random Post