29 Jan 2017

Running Man Tidak Jadi Dihentikan

Running Man, Ahli Baru, Ahli Asal, Ahli Tetap, Ex - Member, Gary, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, HaHa, Lee Kwang Soo, Ji Seok Jin, Song Ji Hyo, Jeon So Min, Yang Se Chan,
Running Man Diteruskan & Tidak Dihentikan

Berita gembira buat semua peminat program Variety Show Popular Dari Korea iaitu Running Man. Nampaknya Running Man akan terus ada dan tidak akan dihentikan. Baguslah kan, sebelum ini kalau tengok Episod Running Man mesti rasa sedih sebab ingatkan akan dihentikan terus tapi nasib baik semuanya berjalan lancar, kiranya macam buang yang keruh ambil yang jernih, masing - masing dah berbaik dan melupakan segala masalah lalu. Tak sabar menunggu episod yang terbaru sebab Gary akan jadi guest semula, rindu Gary kan, tertanya - tanya juga siapa yang akan menggantikan tempat Gary nanti. Hope Running Man akan terus suksess dan berjaya menghiburkan semua orang, Ada sesetengah episod Running Man yang berjaya membuatkan aku gelak gila - gila sampai keluar air mata tau. Rasa lega bila Running Man akan terus bersiaran kan jadi dapat tengok episod terbaru dengan rasa senang hati. Paling best mestilah semua member Running Man juga akan dikekalkan gitu.

Update Julai 2017
Akhirnya segala teka - teki telah terjawab, dimana 2 anggota baru Running Man adalah Jeon So Min dan Yang Se Chan. Kedua - dua mereka telah beberapa kali menjadi guest dalam Running Man ini dan akhirnya mereka telah menjadi ahli tetap. Setakat ini, aku tengok diorang berdua ini okey saja, kelakar juga dan sporting. Aku harap So Min dan Se Chan ini akan bertahan lama dalam Running Man ini. Sebab tak seronoklah kalau tiba - tiba diorang tarik diri pula kan. Ternanti - nanti juga Gary datang jadi guest semula, sekaligus bertemu dengan ahli baru dan reunion semula dengan ahli asal Running Man yang lain.

Member Tetap Running Man
1) Yoo Jae Suk
2) Kim Jong Kook
3) HaHa
4) Lee Kwang Soo
5) Ji Seok Jin
6) Song Ji Hyo
7) Jeon So Min
8) Yang Se Chan

Gambar di atas credit to https://commons.wikimedia.org

1 ulasan:

  1. singgah sini dan follow :D http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/01/consufed.html

    BalasPadam



My Random Post