8 Feb 2017

Chup Chup Ke - Sinopsis Filem Bollywood / Hindi

Bollywood, Hindi Movie, India, Filem, Movie, Chup Chup Ke, Sinopsis, Senarai Pelakon Filem Bollywood Chup Chup Ke, Pelakon, Shahid Kapoor, Kareena Kapoor, Neha Dhupia, Sunil Shetty, Paresh Rawal, Rajpal Yadav,
Sinopsis Filem Bollywood / Hindi - Chup Chup Ke

TV2 malam ni, akan menyiarkan filem Hindi / Bollywood yang bertajuk Chup Chup Ke pada 8 Feb ini. Pelakon Filem Chup Chup Ke ini terdiri daripada Shahid Kapoor, Kareena Kapoor, Neha Dhupia, Sunil Shetty, Paresh Rawal, Rajpal Yadav, Om Puri, Shakti Kapoor, Anupam Kher dan ramai lagi. Filem Chup Chup Ke ni release tahun 2006 dan filem bollywood ini sudah banyak kali disiarkan di TV. Kalau tengok senarai pelakon cerita ni memang meriah dan havoc sebab semuanya best - best dan kelakar tapi bagi aku jalan cerita filem hindi Chup Chup Ke ini kurang menarik sikit, kurang lawak walaupun pengarahnya adalah Priyadarshan yang dah biasa mengarah filem - filem komedi yang best seperti Hungama dan banyak lagi. Bagi yang rindu gandingan Kareena dan Shahid Kapoor bolehlah menonton filem ini nanti di Tv2. 

Aku harap TV2 dan TV3 akan lebih menyiarkan filem - filem baru atau pun filem - filem hindi yang jarang disiarkan, bukannya asyik ulang tayang jer cerita yang sama. Bosan betul kalau asyik - asyik tengok filem hindi yang sama diulang tayang, sedangkan industri Bollywood merupakan pengeluar filem terbesar dekat dunia tapi stesen tv masih ulang filem bollywood yang sama. Filem Race / Race 2 adalah filem yang sentiasa diulang tayang kat tv2 tu, sedangkan banyak filem lain yang best untuk ditonton serta memberi pengajaran dan inspirasi pada penonton. Panjang pula aku membebel dalam entry ini, berbalik pada Hindi Movie Chup Chup Ke ini, aku nak kongsikan sinopsis filem ini dekat anda semua. Jadi selamat membaca okey.

Sinopsis Filem Hindi - Chup Chup Ke (2006)

Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jeetu yang cuba membunuh dirinya kerana tertekan dengan masalah hutangnya serta menyusahkan keluarganya. Walaubagaimanapun percubaan Jeetu untuk membunuh diri tidak berjaya kerana telah diselamatkan oleh 2 nelayan yang bernama Gundya dan Bandya. Mereka berdua menyangka yang Jeetu ini anak orang kaya, namun mereka hampa bila Jeetu tidak mengingati apa - apa dan merasa terbeban kerana terpaksa menjaga Jeetu. Manakala bagi Jeetu pula, dia berpura- pura menjadi pekak dan bisu agar rahsianya selamat dan berharap tiada sesiapa tahu yang dirinya masih hidup serta keluarganya dapat menggunakan wang insuransnya untuk membayar segala hutang. Akhirnya Gundya menggunakan Jeetu sebagai pertukaran sementara untuk menyelesaikan segala hutangnya pada orang kaya Prabhat  Singh Chauhan. Jeetu kemudiannya terpaksa tinggal dan bekerja di rumah orang kaya tersebut. Di situ Jeetu berkenalan dengan Shruti yang juga bisu tapi tidak pekak. Suatu hati sepupu Shruti iaitu Meenakshi dan juga Shruti sendiri melihat Jeetu sedang menyanyi ketika dirinya sedang mabuk. Akhirnya segala rahsia Jeetu terbongkar, namun Meenakshi dan Shruti berjanji akan menyimpan rahsianya dengan syarat Jeetu harus melakukan sesuatu untuk mereka.

Lama - kelamaan Meenakshi dan Shruti menyedari yang Jeetu sememangnya orang baik dan mereka telah salah sangka padanya. Akhirnya Shruti jatuh hati pada Jeetu dan abang Shruti juga bersetuju untuk mengahwinkan Shruti dengan Jeetu. Ketika hari perkahwinan Jeetu dan Shruti, keluarga Jeetu datang menemui Jeetu dan meminta Jeetu agar pulang bersama mereka serta berkahwin dengan bekas tunangnya Pooja yang sangat menyintainya serta setia menunggunya. Jeetu mula menjadi serba salah dan Shruti mengalah, walaubagaimanapun selepas Pooja menyedari yang Shruti bisu lalu dia memutuskan untuk melepaskan Jeetu dan membiarkannya berkahwin dengan Shruti.

Gambar di atas credit to Bollywood Hungama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post