8 Feb 2017

Ernie Zakri & Syamel Juara Duo Star

Juara Duo Star, Pertandingan Nyanyian, Artis Malaysia, Penyanyi, Ernie Zakri, Syamel AF, Berduet, Lagu, Design By Photoscape,
Ernie Zakri & Syamel Juara Duo Star

Menepati ramalan dan jangkaan ramai apabila pasangan duo iaitu Ernie Zakri dan Syamel menang dan menjadi Juara Duo Star musim pertama. Dari konsert pertama lagi memang dah nampak mereka boleh jadi juara, tambahan lagi mereka berdua juga tak pernah berada dalam kedudukan bottom two sebaliknya sentiasa top 3. Suara mereka berdua juga sesuai dan serasi untuk berduet, paling best sampai keluar gosip yang mereka berdua ni bercinta hehe. Rasanya semua pun tahu yang Syamel ni merupakan Naib Juara AF2015 manakala Ernie Zakrie ni Juara Bintang RTM 2009. Rasanya aku memang dah kenal Ernie Zakrie ni masa dia masuk Bintang RTM lagi tapi lepas tu lagu - lagu dia tidak begitu menyerlah walaupun mempunyai suara yang sedap sampai jadi guru vokal pula tu. Lepas lagu Jangan Marah mula popular barulah nama Ernie Zakrie ni makin menyinar, tambah - tambah menang Duo Star pula tu. Tahniah buat Ernie dan Syamel AF2015.

Aku juga suka single terbaru Syamel yang bertajuk Lebih Sempurna tu, sedap juga lagu tu, lepas ini boleh keluarkan single duet pula dengan Ernie kan. Masa di Final Duo Star, Ernie dan Syamel menyampaikan dua lagu iaitu lagu Balqis dan Lagu Kau Lupa Janji yang dibaladakan. Sedap juga lagu Kau Lupa Janji tu, yang mana penyanyi asal lagu itu adalah Jamal Abdillah. Juri - Juri Duo Star yang terdiri daripada Dato Acis, Adibah Nor dan Dato Hattan siap bagi pujian dan standing ovation lagi pada Syamel dan Ernie selepas mereka menyanyikan lagu Kau Lupa Janji itu. Pasangan duo yang lain turut memberikan persembahan yang terbaik. Kaka Azraff dan Awi Rafael menjadi Naib Juara Duo Star manakala finalis lain terdiri daripada Haiza dan Epol Drama Band serta Ayai Ilusi dan Firman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post