29 Apr 2017

Sejenak Tentang Siti Nordiana

Sejenak Tentang Siti Nordiana, Kisah Siti Nordiana, Kisah Aku Berjumpa Dengan Siti Nordiana & Elyana, Kejayaan Siti Nordiana, Lagu - Lagu Best Siti Nordiana, Lagu Duet, Artis dan Peminat, Drama Popular, Alif Satar, Dia Semanis Honey, Gegar Vaganza 2015, Juara, Juara GV2, Pemenang, FMC, Alkisah Siti Nordiana, Nana,
Sejenak Tentang Siti Nordiana

Hari ini aku nak bercerita tentang artis Malaysia pula, iaitu tentang Siti Nordiana yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan juga pengacara. Sebelum ini aku asyik buat Review Drama atau Filem Korea saja dalam blog ini, jadi hari ini kita tukar sikit dan bercerita tentang Siti Nordiana. Kenapa aku memilih Siti Nordiana sedangkan ramai lagi artis lain? sebabnya, aku pernah jumpa Siti Nordiana ini secara live okey masa dia buat show di Pulau Pinang dulu. Tapi masa aku jumpa dia dah lamalah kan, sebelum dia kahwin lagi tau, masa dia muda remaja gitu hehe, sekarang ini pun Siti Nordiana tetap sama macam dulu, maintain ayu dan cantik. Selepas Siti Nordiana menjuarai program Gegar Vaganza Musim Kedua pada tahun 2015, popularitinya mula melonjak naik, kemudian kerjayanya sebagai seorang pelakon juga turut berjaya apabila drama Dia Semanis Honey lakonannya bersama gandingannya iaitu Alif Satar mendapat tempat di hati peminat. Drama tersebut kemudian dilanjutkan lagi ke bentuk teater pula dan turut mendapat pujian peminat. Kemudian dirinya mula berjinak - jinak menjadi hos / pengacara program Gema Gegar Vaganza bersama Achey dan Fikri. Paling baru, dia baru saja memenangi Anugerah Penyanyi Meletop di Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017). Manakala single lagunya yang terbaru iaitu Terus Mencintai hasil ciptaannya sendiri mula meniti di bibir - bibir peminat. Muzik Video Lagu Terus Mencintai itu pun best sebab ada Alif Satar tau hehe.

Aku ingat lagi masa Siti Nordiana baru jadi artis dan lagu pertamanya iaitu Cinta Hanya Sandaran popular, masa ini aku masih berada di Sekolah Rendah, dan kawan - kawan aku memang rajin menyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran ketika berada dalam kelas. Selain itu ada banyak lagu - lagu best dari album Siti Nordiana start dari album pertama sampailah ke lagu terkini ada dalam handphone aku antaranya adalah Lagu Cinta Hanya Sandaran, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Gundah Gulana, Seribu Setia, Tak Tahan, Pujuklah Jiwaku, Tak Upaya Menangis Lagi, Paling Comel, Mainan Cinta, Gurauan Berkasih, Memori Berkasih, Resepi Berkasih, Adat Berkasih, Benang Emas, Saat Hilang Kasih, Mungkinkah Terjadi, Bakawali, Pesanan Teragung, Terus Mencintai dan lain - lain lagi. Lagu Duet Siti Nordiana bersama Achik Spin juga best - best belaka. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku pernah tengok Siti Nordiana secara live, apabila dia datang ke tempat aku untuk buat persembahan. Dapatlah aku tengok dia dari dekat gitu serta dapat tengok dia nyanyi secara live, cuma sayangnya aku dan kawan - kawan aku tidak sempat nak bergambar pula dengan Siti Nordiana masa itu. Selain Siti Nordiana / Nana, Elyana dan Zack Budak Kacamata juga turut datang sekali, ke tempat aku di Pulau Pinang. Mereka semua buat show di sebuah sekolah rendah anjuran Radio Malaysia Pulau Pinang ketika itu, iaitu pada tahun 2002 atau 2003, aku dah lupa tahunnya. Elyana masa ini pun baru saja jadi artis dan popular dengan lagu Niat, Elyana ketika ini berimej berambut pendek colour merah okey, orangnya tinggi dan comel. Manakala Siti Nordiana masa ini memang sempoi je dan qiut.

Masa ini first time juga aku dan kawan  kawan aku dapat tengok artis secara live okey so agak terserlah juga keterujaan kami semua bila dapat jumpa artis macam Nana dan Elyana secara dekat. Kami semua sempat bergambar dengan Elyana dan sempat juga dengar dia dan Siti Nordiana menyanyi atas pentas itu. Tak silap aku, Siti Nordiana ketika ini, menyanyikan lagunya yang bertajuk Seribu Setia kemudian dia menyanyikan lagu Gelora (Nyanyian Asal P.Ramlee & Saloma), lagu lain aku tak ingat pula. Tak silap aku mereka datang pada waktu tengahari ke petang, kemudian pada waktu malam, mereka semua ada show dekat tempat lain iaitu di Kompleks Bukit Jambul. Aku dan kawan - kawan aku ada di situ dari waktu Tengahari sampai Petang, sebab kawan - kawan aku dah keletihan dan nak balik rumah, jadi terpaksalah kita semua balik dan tak dapat nak bergambar dengan Nana masa itu. Apa pun dapat tengok mereka semua dari dekat pun dah cukup sebenarnya, kalau dapat bergambar tu memang bonuslah kan. Lagipun ketika itu mana ada kamera digital, atau pun handphone yang ada camera. Masa itu ramai yang pakai handphone jenama Nokia 3310 saja hehehe, dan masa ini aku bawa kamera yang biasanya, yang pakai kodak filem tu. Lepas dah cuci semua gambar, bermulalah sesi jual beli gambar pula dengan kawan - kawan aku, ada yang nak order lagi suruh cuci gambar sekali lagi. Payah juga nak perhatikan negatif filem itu untuk tengok nombor gambar dan pilih gambar yang nak dicuci semula.

Sekarang ini makin senang, sebab tak perlu dah nak bawa kamera, cuma perlu guna handphone saja untuk selfie dan wefie bersama artis kesayangan. Nak transfer gambar pun mudah dah tak perlu nak lihat negatif filem dan sebagainya. Ini kalau aku lihat album - album gambar lama dekat rumah aku ini, pasti akan terjumpa gambar - gambar ketika aku dan kawan - kawan aku berjumpa dengan Siti Nordiana dan Elyana ini. Apa pun ini semua kenangan manis yang dikongsi oleh aku dan kawan - kawan aku. Aku juga tumpang gembira bila tengok Siti Nordiana menang Gegar Vaganza Musim Kedua itu, sekarang dah jadi hos pula, teringin pula aku nak tengok Siti Nordiana jadi Hos bersama Alif Satar, mesti comel. Tak sabar pula nak tengok Drama Terbaru Siti Nordiana dan Alif Satar itu yang bertajuk Klik! Pengantin Musim Salju yang merupakan adaptasi daripada Novel karya Novelis Suri Ryana itu. Apa pun moga Siti Nordiana terus suksess dan berjaya.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post