15 Mei 2017

Review Drama Korea - Our Gab Soon

Review Drama Korea Our Gab Soon, Sinopsis, Review By Miss Mulan, Korean Drama Review, Drama Bersiri, Senarai Pelakon Drama Our Gab Soon, OST, Ending, Pelakon, Kim So Eun, Song Jae Rim, Yoo Sun, Choi Dae Chul, Lee Wan, Ko Du Shim, Jang Young, Lee Boo Hee, Kim Hye Sun, Seo Kang Suk, Ah Young,
Review Drama Korea - Our Gab Soon

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang mempunyai episod yang paling panjang yang pernah aku tengok iaitu Our Gab Soon. Drama Korea ini mempunyai 61 episod dan dilakonkan oleh Kim So Eun, Song Jae Rim, Yoo Sun, Choi Dae Chul, Lee Wan, Ko Du Shim, Jang Young, Lee Boo Hee, Kim Hye Sun, Seo Kang Suk, Ah Young dan ramai lagi. Korean Drama Our Gab Soon ini release pada 27 Ogos 2016 dan tamat pada 8 April 2017. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Yeah, That's How It Is" dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Unni Is Alive. Pengarah drama Our Gab Soon ini pernah mengarah drama - drama best yang aku suka antaranya adalah My Girlfriend Is A Gumiho, Jang Ok Jung, The Heirs, Mask dan banyak lagi. Manakala penulis skrip pula pernah menulis skrip untuk drama Live In Style, Wang's Family. Menerusi drama ini, Song Jae Rim memegang watak utama buat pertama kalinya, selain itu, Song Jae Rim dan Kim So Eun dah pernah bergandingan dalam program We Got Married. Sepatutnya pelakon Lee Ha Na yang memegang watak Gab Soon, tapi akhirnya tak jadi pula dan Kim So Eun yang menjadi heroin drama ini. Drama ini sepatutnya mempunyai 50 episod saja, tapi disebabkan mendapat sambutan yang baik dari penonton ianya dipanjangkan menjadi 61 episod. 

Drama ini berkisarkan tentang 3 buah keluarga yang mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain serta masalah - masalah yang mereka hadapi. Aku suka dengan watak Shin Se Gye yang dilakonkan oleh Lee Wan, riak mukanya yang lembut dan tenang memang sesuai dengan wataknya itu yang merupakan seorang anak yang baik. Rupa - rupanya Lee Wan ini adalah adik kepada pelakon Jelita Kim Tae Hee. Patutlah dia handsome, kakaknya pun cantik betul tak. Aku baru teringat yang Lee Wan ini juga pernah muncul dalam salah satu episod Runnng Man. Tapi memang aku tak dapat nak mengecam dia masa dia muncul dalam Running Man itu disebabkan gayanya serta rambutnya yang berwarna kuning dan sedikit panjang, berbeza betul dengan gayanya dalam drama Our Gab Soon ini. Drama ini ada banyak cerita sebab melibatkan banyak watak dan dalam banyak - banyak watak dalam drama ini, aku paling suka kisah kakak Gab Soon iaitu Jae Soon sebab kisahnya penuh konflik dan wataknya paling banyak perkembangan dan tragedi. Walaupun tajuk drama ini adalah Our Gab Soon dan fokus drama ini sepatutnya pada Gab Soon tapi lain yang jadi sebab nampak drama ini seperti memfokuskan tentang kisah Shin Jae Soon yang merupakan kakak sulung pada Gab Soon. Ini juga kali pertama aku melihat pelakon Choi Dae Chul melakonkan watak yang agak baik dalam drama ini berbanding watak jahat dalam dramanya sebelum ini seperti Drama My Daughter Geum Sa Wol.

Di peringkat awal, aku memang agak geram tengok perangai anak tiri Jae Soon itu yang kurang ajar dan biadap. Tapi nasiblah perangai mereka berubah bila keluarga mereka jatuh miskin. Selain itu perangai keluarga Gab Soon terutamanya mak dan makcik Gab Soon yang begitu materialistik dan pentingkan duit itu memang agak menyakitkan hati juga. Disebabkan duit, mak dan ayah Jae Soon sanggup menyimpan rahsia serta membenarkan Jae Soon untuk berkahwin semula dengan suami pertama Jae Soon yang merupakan bekas banduan. Apabila Jae Soon mendapat tahu hal ini, Jae Soon terus keluar dari rumah dan membuang keluarganya. Scene tersebut memang seronok untuk ditonton kerana aku dapat melihat perubahan personaliti watak Jae Soon yang berubah secara drastik dari lemah lembut kepada keras hati, kasar dan berdikari. Selain itu sikap dan personaliti Yeo Shi Nae yang suka memandang rendah pada orang lain itu juga sangat menyakitkan hati, nasiblah sikapnya mula berubah apabila bapanya disahkan menghidap penyakit Alzhemier. Perangai makcik Gab Soon itu juga agak sedikit annoying dan dia ini selalu akan mengucapkan dialog wajibnya berulang kali, siapa yang tengok drama ini pasti faham apa yang aku maksudkan ini. Kisah Gab Soon dalam drama ini lebih memfokuskan tentang masalah cintanya dengan Gab Dol dan juga masalah tentang pekerjaannya. Gab Dol awalnya sedikit kurang matang berbanding Gab Soon tapi bila Gab Dol dah mula bekerja nampaklah dia semakin matang. Manakala Gab Soon pula melupakan impiannya untuk menjadi guru, sebaliknya membuka perniagaan perkhidmatan mencuci.

Untuk membuka perniagaan ini, Gab Soon perlu mendapatkan pengalaman terlebih dahulu dengan menjadi tukang cuci terlebih dahulu dan hal ini memang ditentang keras oleh keluarga Gab Soon. Manakala Mak Gab Dol juga tidak suka Gab Soon menjadi menantunya kerana Gab Soon tidak kaya mahu pun mempunyai pekerjaan yang bagus. Masalah Gab Soon tidaklah seteruk Jae Soon cuma di awal episod drama ini Gab Soon telah tersalah sangka yang dirinya mengandung dan ingin melarikan diri dengan Gab Dol dan mencetuskan sedikit huru - hara dalam keluarga mereka. Perkara paling menarik dan kelakar dalam drama ini adalah kehilangan kakak Gab Dol secara tiba - tiba, watak kakak Gab Dol iaitu Da Hae yang dilakonkan oleh pelakon Km Gyu Ri seperti dimatikan begitu saja tanpa ada apa - apa penjelasan mahu pun alasan. Hal ini membuatkan watak kakak Gab Dol itu seperti tidak wujud dalam drama ini, sedangkan watak tersebut juga memainkan peranan penting dalam drama ini yang mana watak Da Hae itu sering membuatkan Jae Soon terluka kerana Da Hae adalah bekas isteri kepada suami kedua Jae Soon. Pada pendapat aku, pengarah mahupun penulis skrip drama ini perlu memikirkan satu alasan mengenai watak Da Hae ini contohnya dia berkahwin dan pergi menetap di luar negara ke? atau pun dia bekerja di luar negara ke kan. Paling best bila mak Gab Dol dan Gab Dol sendiri tidak pernah mention pasal Da Hae ini lagi, tiba - tiba saja Gab Dol ini menjadi anak tunggal pula dari awal lagi hehehe.

Selan itu di bahagian penghujung drama ini pula ditunjukkan yang ayah Gab Soon teringin nak berskandal pula dengan perempuan lain dan hampir - hampir nak ditipu. Stress betul tengok perangai ayah Gab Soon yang tak sedar diri itu, tapi nasiblah penipuan itu diketahui lebih awal dan mereka dapat kembali wang tersebut. Aku agak terhibur juga dengan sikap dan personaliti Kim Young Ran yang merupakan rakan sekerja Gab Dol yang tiba - tiba membuat kejutan ingin berkahwin dengan kawan Gab Dol yang mempunyai pekerjaan sebagai penghantar makanan saja. Malah Gab Dol sendiri pun terkejut dengan pilihan Kim Young Ran itu, sedangkan sebelum ini Kim Young Ran pernah sukakan Gab Dol. Tambahan lagi Kim Young Ran ini cantik orangnya berbanding kawan Gab Dol yang tidak begitu kacak. Lagu tema / OST Our Gab Soon ini biasa - biasa saja pada aku manakala ending drama ini pastilah happy ending kan. Di mana ending drama ini berakhir dengan perkahwinan kedua abang Gab Soon iaitu Se Gye dengan kekasih hatinya. Manakala Gab Soon juga telah berjaya dalam perniagaannya, begitu juga dengan Jae Soon yang pregnant serta Gab Soon juga. Keseluruhannya drama ini memang ada banyak watak - watak yang menyakitkan hati tapi masih seronok untuk menonton drama ini. Apa pun aku bagi 7.5 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.

Gambar diatas credit to Wikimedia Commons

1 ulasan: