28 Jun 2017

Sinopsis Dan Review Filem Pink (Bollywood Movie)

Pink, Filem, Movie, Sinopsis, Review, My Review, Bollywood, Hindi, Hindustan, India, Mahkamah, Watak, Minal Arora, Falak Ali, Andrea Tariang, Deepak Sehgal, Kisah Wanita, Hak Wanita, Dilema Wanita, Streotype Masyarakat Terhadap Wanita, Pengajaran, Inspirasi, Pelakon, Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu, Kirti Kulhari, Andrea Tariang, Angad Bedi, Raashul Tandon, Vijay Verma, Tushar Pandey, Suspen, Emosi,
Sinopsis Dan Review Filem Pink (Bollywood Movie)

Aku ada tengok trailer filem Bollywood yang bertajuk Pink dan aku tertarik untuk menonton filem ini, kerana aku rasa filem ini best, malah rating serta komen - komen untuk filem ini juga positif. Filem Pink ini release pada 16 September 2016 dan diarahkan oleh Aniruddha Roy Chowdhury, filem ini berkisarkan tentang 3 wanita muda yang di fitnah dan dilabelkan sebagai perempuan yang tidak bermaruah yang cuba berjuang menuntut keadilan di mahkamah. Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat Amitabh Bachchan yang melakonkan watak sebagai Deepak Sehgal yang merupakan seorang bekas peguam hebat yang bersara dan mempunyai penyakit emosi yang tidak stabil. Deepak menghabiskan masanya dengan bersenam di taman serta menjaga isterinya yang sakit. Selain Amitabh Bachchan, filem Pink ini turut dilakonkan oleh Taapsee Pannu, Kirti Kulhari, Andrea Tariang, Angad Bedi, Raashul Tandon, Vijay Verma, Tushar Pandey dan ramai lagi. Filem ini banyak mengangkat isu - isu tentang wanita, hak - hak wanita, dilema wanita dalam masyarakat dan sebagainya. Aku rasa filem ini memang banyak pengajaran untuk wanita, lelaki dan juga masyarakat. Tak silap aku, filem Pink ini juga dah pernah disiarkan di TV iaitu di channel Tara HD.

Wajah Amitabh Bachchan dalam filem ini sedikit menakutkan kerana disolek untuk nampak lebih tua dan tidak terurus, Malah wataknya yang suka memerhatikan orang - orang di sekelilingnya dengan pandangannya yang tajam memang nampak menakutkan sikit. Malah jiran - jirannya juga salah sangka pada dirinya kerana personaliti dirinya yang tidak peramah dan sentiasa bersendirian itu. Scene - scene dalam mahkamah sememangnya suspen dan penuh emosi terutamanya di pihak perempuan yang tertindas dan difitnah itu. Apa pun aku suka betul dengan dialog - dialog Amitabh Bachchan dalam filem ini yang sememangnya sangat memberi inspirasi dan berguna serta memberi pengajaran pada penonton. Rasa geram dengan polis wanita dalam filem yang bersubahat dengan orang jahat dengan membuat laporan yang tidak lengkap, memberikan keterangan palsu di mahkamah dan sebagainya. Nasiblah ending filem Pink ini adalah happy ending, jadi penonton tidaklah rasa sedih di penghujung cerita ini. Lagu tema / OST Pink ini pula biasa - biasa saja bagi aku kerana aku lebih fokuskan jalan cerita filem ini berbanding lagu

Sinopsis Filem Bollywood - Pink

Minal Arora, Falak Ali dan Andrea Tariang merupakan wanita muda yang bekerjaya dan tinggal serumah. Suatu hari mereka bertemu Rajvir Singh dan rakan - rakannya di sebuah Konsert Rock. Selepas itu Rajvir mengajak Minal, Falak dan Andrea untuk makan malam di sebuah Hotel Resort. Tidak lama kemudian Rajvir dan kawan - kawannya mula berkelakuan tidak elok pada Minal dan Andrea. Rajvir cuba untuk merogol Minal dan Minal kemudiannya memukul kepala Rajvir dengan botol kaca dan menyebabkan Rajvir cedera manakala Minal, Falak dan Andrea melarikan diri dari situ dan kembali ke rumah mereka dan memutuskan untuk tidak mengingati lagi insiden itu dan move on. Rajvir mahu pun Minal tidak membuat laporan polis, tapi Rajvir dan kawan - kawannya tidak berpuas hati dan mula menyusahkan hidup mereka bertiga. Andrea diekori oleh kawan - kawan Rajvir manakala Falak pula hilang pekerjaan, Minal pula diugut, malah kawan Rajvir juga cuba menbuat mereka bertiga diusir dari rumah mereka sendiri serta memfitnah mereka bertiga pada jiran - jiran mereka. Akibat tidak tahan diganggu, Minal akhirnya membuat keputusan untuk melaporkan semua kejadian itu pada polis.

Walaubagaimanapun Rajvir turut bertindak balas dengan membuat laporan polis juga, disebabkan Rajvir berasal dari keluarga kaya yang mempunyai kuasa dan duit, mereka dapat membuat Minal ditangkap polis tanpa alasan yang kukuh. Deepak Sehgal yang merupakan bekas peguam yang dah bersara sentiasa memerhati apa yang berlaku pada Minal, Falak dan Andrea. Deepak kemudiannya menyarankan Falak dan Andrea untuk mencari peguam bagi membebaskan Minal, namun begitu, tiada peguam yang sanggup mengambil kes berkenaan dan membuatkan Falak dan Andrea buntu dan terdesak. Deepak berasa kesian pada nasib 3 gadis tersebut dan bertindak untuk menjadi peguambela mereka bertiga, walaupun dirinya tidak begitu sihat. Di mahkamah, Andrea, Minal dan Falak dimalukan, difitnah dan dikritik oleh pendakwaraya dan menyebabkan Falak menjadi emosi dan bertindak melulu. Deepak Sehgal berjaya menyoal dan membuat Rajvir marah dan berjaya mendedahkan personaliti sebenar Rajvir di mahkamah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Bagi aku, filem ini memang seronok ditonton dan mempunyai banyak pengajaran, jadi memang berbaloi menonton filem Pink ini. Apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk filem Bollywood ini.

Gambar diatas credit to Gary Singh at Flickr
Read More

24 Jun 2017

Review Drama Korea Chicago Typewriter

Chicago Typewriter, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Watak, Pelakon, Yoo Ah In, Lim Soo Jung, Ko Gyung Pyo, Kwak Si Yang, Jo Woo Jin, Yang Jin Sung, Jo Kyung Sook, Writer, Penulis, Mesin Taip, Kelahiran Semula, Hantu, ghost, Ghostwriter, 1930an, 2017, Zaman Pemerintahan Jepun Di Korea, Misteri, Suspen, Cinta, Love, First Love, Sweet, TVN, Secret Forest,
Review Drama Korea Chicago Typewriter

Hari ini aku nak buat review tentang Drama Korea yang bertajuk Chicago Typewriter, drama 16 episod ini release pada 7 April 2017 dan tamat pada 3 Jun 2017 yang lalu. Korean Drama Chicago Typewriter ini dilakonkan oleh Yoo Ah In, Lim Soo Jung, Ko Gyung Pyo, Kwak Si Yang, Jo Woo Jin, Yang Jin Sung, Jo Kyung Sook dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan di channel TVN bagi menggantikan Drama Tomorrow With You yang telah tamat episodnya. Kemudian drama ini akan digantikan dengan Drama yang bertajuk Secret Forest. Pengarah drama ini juga pernah mengarah drama - drama popular yang menjadi kesukaan penonton seperti Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo dan Choi Ji Hyuk, drama My Beautiful Bride lakonan Kim Moo Yul dan Lee Si Young dan juga drama On The Way To The Airport lakonan Kim Ha Neul dan Lee Sang Yoon. Manakala penulis skrip drama ini juga pernah menulis skrip drama - drama best seperti The Moon Embracing The Sun, Kill Me Heal Me dan lain - lain lagi. Heroin drama ini iaitu Lim Soo Jung membuat kemunculan semula dalam drama menerusi drama Chicago Typewriter ini. Lim Soo Jung dah lama tak berlakon drama sebab dia banyak berlakon filem saja. Drama terakhir lakonannya adalah pada tahun 2004 yang bertajuk Sorry, I Love You bersama So Ji Sub.

Aku rasa Lim Soo Jung mesti tertarik dengan jalan cerita drama ini yang menarik dan unik sebab itulah dia terima tawaran untuk berlakon dalam drama ini setelah lama tak berlakon drama. Antara filem lakonan Lim Soo Jung yang aku suka adalah filem Perfect Proposal bersama Yoo Yeon Seok. Aku pula jarang menonton filem mahu pun drama - drama lakonan Yoo Ah In ini. Walaubagaimanapun Yoo Ah In ada membuat kemunculan khas dalam drama Descendent Of The Sun, manakala filemnya yang terkini adalah Like For Likes. Ko Gyung Pyo pula ada muncul dalam drama Jealousy Incarnate pada tahun 2016 yang lalu, manakala Kwak Si Yang pula ada berlakon dalam drama Second To Last Love dan juga Mirror Of The Witch. Berbalik pada drama Chicago Typewriter ini, aku sukakan idea drama ini yang menggabungkan 2 zaman iaitu zaman moden dan juga zaman pemerintahan Jepun di Korea sekitar tahun 1930 serta kisah tentang kelahiran semula dan juga kisah misteri tentang hantu yang menghantui mesin taip tersebut yang juga turut hidup pada tahun 1930 itu. 

Sejujurnya drama ini bukan drama kegemaran aku, aku rasa jalan cerita drama ini bergerak agak slow dan meleret - leret. Jadi hal ini membuatkan aku berasa sedikit bosan ketika menonton drama ini. Nasib baiklah drama ini hanya mempunyai 16 episod saja, jadi aku masih boleh bertahan dan menontonnya. Antara yang menarik dalam drama ini apabila watak - watak utamanya mempunyai memori masa silam iaitu memori 80 tahun yang lalu, dan boleh mengingati apa yang berlaku pada mereka di masa lampau, walaupun mereka dilahirkan semula di zaman moden ini. Selain itu aku juga sukakan misteri dan personaliti hantu Yoo Jin Oh yang adorable dalam drama ini. Pelakon Yang Jin Sung melakonkan watak pembantu dalam drama ini iaitu menjadi kawan baik kepada watak Lim Soo Jung, tak sangka juga dia berlakon watak pembantu, sebab dia juga pernah menjadi heroin dalam drama - drama lain seperti Bride Of Century, My Unfortunate Boyfriend dan lain - lain lagi. Selain itu aku juga tertanya - tanya tentang siapakah yang membunuh Yoo Jin Oh sehingga dia akhirnya menjadi hantu kepada Chicago Typewriter itu dan kemudiannya meminta bantuan penulis popular iaitu Han Se Joo untuk menulis sebuah novel tentang kisah hidupnya di zaman pemerintahan Jepun itu.

Siapa sangka yang hantu Yoo Jin Oh, Han Se Joo, Jeon Seol pernah berkawan baik dalam kelahiran lepas iaitu di tahun 1930. Kwak Si Yang memegang watak jahat dalam drama ini iaitu sebagai Baek Tae Min, awalnya aku nampak Baek Tae Min ini nampak sangat sopan, peramah dan baik, tapi sebenarnya dia cuma berpura - pura baik saja. Satu lagi watak yang annoying bagi aku adalah watak Hong So Hee yang merupakan ibu kepada Baek Tae Min. Memang geram tengok watak ibu Baek Tae Min yang jahat itu dan selalu nak menjatuhkan Han Se Joo itu. Selain itu aku juga kurang suka dengan sikap Han Se Joo di permulaan cerita yang kelihatan sombong, berlagak dan ego itu. Semua persoalan akan terjawab di episod akhir drama ini, apa pun drama ini masih seronok ditonton dan aku bagi 6 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea Chicago Typewriter ini.

Gambar diatas credit to Wikimedia Commons
Read More

21 Jun 2017

Kisah Aku Dan Radio

My Favorite, My Feeling, My Opinion, My Review, Radio, Radio Kegemaranku, Muzik, Lagu, Deejay, Juruhebah Radio, Sejarah, Kenangan, Memori,
Kisah Aku Dan Radio

Tak lama lagi dah nak Raya, masa - masa ini kalau dengar radio memang best sebab ada banyak lagu raya yang disiarkan di radio. Tapi selalunya aku memang jarang dengar radio sebab banyak sangat iklan di radio, selalunya aku buka radio untuk dengar lagu - lagu best dan bukannya untuk mendengar iklan berderet - deret. Walaubagaimanapun, sesekali tu, aku ada dengar jugalah, tapi sekejap saja, lagipun di tempat aku susah nak dapat siaran radio dari stesen radio popular yang lain, kecualilah kalau aku guna internet dan install aplikasi untuk dengar radio tersebut, barulah boleh dengar. Dulu aku dah pernah install tapi kemudiannya aku delete sebab ianya banyak menggunakan ruang memori dalam handphone aku tu. Jadi menerusi entry ini aku nak mengimbas kembali radio dan segmen radio mana yang paling aku suka dengar masa dulu - dulu. Berbanding waktu pagi, aku lebih suka dengar radio pada waktu malam atau tengah malam, selalunya pada tengah malamlah, sebab masa ini memang tiada deejay yang bertugas dan hanya ada lagu - lagu yang dimainkan tanpa henti dan sedikit iklan saja.

Waktu dulu aku suka dengar radio Red FM sebab best dan aku pernah menang hadiah berupa dvd lagu. Sekarang ini aku ada juga buka radio Red.FM ini dan aku rasa dah ada pembaharuan di radio tersebut dan aku rasa ianya kini lebih urban. Manakala radio - radio popular yang lain banyak pula iklannya. Aku sekarang ini, kalau dengar radio, aku akan dengar Kool FM sebab siaran radionya jelas di tempat aku dan kadang - kadang aku tukar ke Mutiara FM sekejap, sebelum beralih ke stesen radio lain. Selain itu, masa aku tinggal di Kuala Lumpur ketika belajar di sana, aku sering juga dengar radio Sinar FM terutamanya untuk Carta Sinar yang merupakan carta lagu - lagu popular zaman 90 an dulu yang berentak slow rock, balada yang memang sedap di dengar. Seterusnya pada waktu pagi, ketika dalam perjalanan ke universiti pula, aku suka dengar Hot FM ketika Fara Fauzana dan Faizal Ismail masih bertugas lagi disitu. Manakala roommate aku pula, suka betul dengar radio Selangor FM, kalau ada masa terluang memang roommate aku akan dengar Selangor FM. Manakala aku pula kadang - kadang aku akan dengar Muzik FM juga.

Ketika zaman sekolah menengah pula, aku suka betul dengar THR masa itu THR turut dikenali sebagai Time Highway Radio lagi dan segmen yang paling aku suka adalah Hindi Power yang dikendalikan oleh Deejay Andy Hakim dan beberapa deejay lain. Selalunya aku memang suka dengar Hindi Power yang deejaynya adalah Andy Hakim sebab celotehnya yang bersahaja dan kelakar. Kemudiannya dia juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam dunia Bollywood, jadi banyak cerita yang boleh kita tahu pasal lagu hindustan, pasal penyanyi, pasal filem dan juga pasal pelakon Bollywood juga. Aku ini memang suka dengar lagu - lagu hindustan ini jadi memang seronok dengar lagu - lagu hindustan yang diputarkan di radio itu sebab ianya ada lagu baru dan juga lagu lama. Stesen radio lain ada juga putar lagu - lagu hindustan untuk jangka masa lebih kurang satu jam, tapi pemilihan lagu yang dipilih sangat bosan sebab asyik - asyik lagu yang sama saja. Sedangkan beribu lagu - lagu hindustan yang best. Sebab itulah aku merindui Hindi Power.

Lagipun di tempat aku, kalau korang buka radio THR di waktu pagi sampai petang, korang akan dengar THR versi tamil. Maknanya aku tak dapat yang siaran Pantai Timur tu. Kecualilah pada waktu malam atau tengah malam baru aku dengar yang berbahasa melayu. Tapi kalau dengar guna internet barulah boleh kan. Pendek kata kalau guna internet semua radio boleh dengar kan hehehe.


Read More

18 Jun 2017

Kisah Psiko Dalam Filem Get Out (English Movie)

Get Out, Filem, Movie, English Movie, Sinopsis, Review, Psychiatrist, Hypnotherapist, Hypnotizes, Misteri, Thriller, Seram, Psikologi, Psiko, Watak, Rose Armitage, Chris, Dean, Missy, Rod, Logan King, Andre, Pelakon, Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield, Pengarah, Jordon Peele, Movie 2017,
Review dan Sinopsis Filem Get Out (English Movie)

Hari ini aku nak buat review English Movie yang bertajuk Get Out yang release pada 24 Februari 2017 yang lalu. Filem Get Out ini diarahkan oleh Jordon Peele dan dilakonkan oleh Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield dan ramai lagi. Aku tertarik nak tengok filem ini selepas membaca review filem ini yang positif dalam surat khabar dan sememangnya filem ini memang best, penuh suspen, unik, menarik dan best. Filem ini tidak memerlukan hantu untuk menimbulkan rasa seram, misteri dan takut pada penonton, sebaliknya hanya bergantung pada jalan ceritanya yang unik dan menarik saja. Selain itu filem ini turut memfokuskan tentang isu - isu psikologi dan juga isu perkauman antara orang kulit putih dan juga orang kulit hitam. Dalam filem ini juga banyak elemen - elemen kejutan dan plot twist terutamanya tentang identiti Rose dan keluarganya yang sebenarnya. Pelakon - pelakon filem ini juga memberikan lakonan yang hebat dan menyakinkan. Babak - babak suspen dalam filem Get Out ini memang best sampai aku sendiri pun rasa takut jika aku berada di tempat Chris yang telah di hypnotizes dan kemudian dirinya menjadi kaku, lumpuh.

Akhirnya badannya dan fikirannya akan diambil alih oleh orang lain dan dirinya pula berada di suatu tempat yang digelar "The Sunken Place". Dari apa yang aku baca, sepatutnya ending movie Get Out ini berakhir dengan tragis dan sedih, walaubagaimanapun nasiblah original endingnya ditukar menjadi lebih happy ending untuk watak Chris itu, sekaligus membuat penonton lebih berpuas hati. Sesuai dengan tajuk filem ini, aku sememangnya berharap agar Chris cepat - cepat keluar dari rumah keluarga Rose itu, kerana sejak awal lagi Chris dapat merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan perangai pelik orang gaji di rumah tersebut. Apa pun filem Get Out ini memang seronok ditonton dan mempunyai jalan cerita yang sukar nak dijangka apa yang akan jadi seterusnya. Aku sertakan sekali sinopsis filem ini dibawah, selamat membaca ye.

Sinopsis Filem Get Out ( English Movie)

Jalan cerita bermula dengan kehilangan Andre Hayworth yang diculik, kemudian jalan cerita mula berkisarkan tentang Chris Washington yang merupakan seorang Photographer yang berbakat besar dan juga kekasihnya Rose Armitage. Rose mengajak Chris untuk ke rumah keluarganya untuk bertemu dengan ibu bapanya, awalnya Chris agak keberatan kerana bimbang dengan penerimaan keluarga Rose terhadap dirinya yang merupakan orang kulit hitam. Rose menyakinkan Chris yang keluarganya berfikiran terbuka dan akhirnya Chris bersetuju untuk mengikut Rose pulang ke rumah keluarganya. Ibu Bapa Rose melayan Chris dengan baik sekali, cuma abang Rose iaitu Jeremy yang berkelakuan sedikit pelik. Begitu juga dengan 2 orang gaji di rumah tersebut iaitu Walter dan Georgina yang juga berkelakuan amat pelik sekali. Di waktu malam, Chris tidak dapat tidur lalu memutuskan untuk berjalan - jalan di luar rumah, kemudian Ibu Rose iaitu Missy Armitage mengajak Chris untuk berbual - bual. Missy merupakan seorang psychiatrist dan hypnotherapist yang cuba berborak dengan Chris tentang kisah silamnya sewaktu kecil kemudian Chris dihypnotizes olehnya sehingga menjadi kaku dan lumpuh. Keesokannya Chris terbangun dari tidurnya dan menyangka itu semua hanya mimpi.

Kemudian rumah Rose dipenuhi oleh ramai tetamu yang datang kerana ibu bapa Rose mengadakan jamuan makan. Tetamu - tetamu di rumah tersebut juga sering memandang dan memerhatikan gelagat Chris. Dalam banyak - banyak tetamu yang datang Chris memilih Logan King untuk berborak kerana Logan juga merupakan orang berkulit hitam sepertinya. Chris kemudian perasan yang wajah Logan King ini seiras dengan Andre Hayworth yang hilang sebelum ini. Chris kemudiannya cuba mengambil gambar Logan King menerusi Handphonenya secara senyap - senyap. Namun Chris lupa nak off flash kamera handphonenya itu dan menyebabkan Logan King terkaku seketika dan mula mengamuk dan memarahi Chris dan menyuruh Chris untuk Get Out (keluar) dari situ. Chris benar - benar rasa bersalah dan tidak menyangka Logan King akan mengamuk seperti itu, Misy kemudiannya berjaya menenangkan Logan King. Chris mula menelefon dan menceritakan semua kejadian pelik yang berlaku di rumah itu pada sahabat baiknya iaitu Rod Williams. Rod kemudiannya menasihati Chris untuk cepat keluar dari rumah itu, selepas itu Chris dan Rose keluar dari rumah itu untuk seketika bagi menenangkan fikiran dan Chris mula berhasrat untuk pulang, namun Rose cuba memujuk Chris untuk tinggal lebih lama di rumahnya.

Ketika ketiadaan Chris dan Rose di rumah itu, bapa Rose iaitu Dean Armitage yang merupakan seorang doktor Neurosurgeon mengadakan satu lelongan misteri. Terdapat gambar Chris disitu dan seolah - olah lelongan itu dibuat bagi menjual Chris pada mereka yang berminat. Jim Hudson berjaya membeli Chris dengan harga yang tertinggi sekali. Pada malam tersebut, Chris menggesa Rose untuk berkemas kerana dirinya ingin pulang pada malam itu juga, tidak lama selepas itu Chris menjumpai satu kotak kecil yang mengandungi gambar - gambar mesra Rose bersama orang gaji di rumah tersebut iaitu Walter dan Georgina. Menerusi gambar itu, Chris dah dapat mengagak yang Rose bukan seperti yang disangkakannya selama ini. Chris tahu mungkin dirinya yang akan menjadi mangsa selepas ini. Seperti yang dijangkanya, keluarga Rose menghalang Chris dari keluar dari rumah itu dan akhirnya Chris pengsan. Apabila dia sedar, tangan dan kakinya telah diikat dan terdapat sebuah TV di depannya, Ibu bapa Rose menggunakan TV tersebut untuk berkomunikasi dengan Chris dan menerangkan segalanya pada Chris dan kemudiannya menghypnotizes Chris. Ketika Chris sedar dia mendapat satu idea untuk menghalang dirinya dari di hypnotizes oleh Missy dengan memasukkan kapas di telinganya dan selepas itu dia berpura - pura pengsan dan menanti peluang untuk keluar dari situ.

Manakala kawan Chris iaitu Rod Williams mula bimbang dengan keadaan Chris kerana tidak dapat menghubungi Chris langsung. Rod turut menghubungi Rose namun Rose cuba menipu Rod dengan mengatakan Chris dah pulang, namun Rod langsung tidak mempercayai Rose dan akhirnya Rod cuba melaporkan kehilangan Chris pada polis, namun polis tidak mempercayai ceritanya itu dan memaksa Rod untuk pergi sendiri ke rumah keluarga Rose itu. Apa yang berlaku seterusnya? kalau anda semua nak tahu, kenalah tonton filem ini nanti ye. Memang berbaloi menontonnya, ending filem ini memang happy ending dan aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk filem Get Out ini.

Gambar diatas credit to BagoGames at Flickr



Read More

2 Jun 2017

Review Filem Now You See Me (English Movie)

Sinopsis, Filem, Now You See Me, Movie, English Movie, Now You See Me 2, Magician, Silap Mata, Review, Twist Plot, Pelakon, Four Horseman, Mark Ruffalo, Jesse Eisenberg, Melanie Laurent, Woody Harrelson, Morgan Freeman, Isla Fisher, Dave Franco, Michael Caine,
Review Filem Now You See Me (English Movie)

Seperti biasa, aku nak buat review mengenai filem Now You See Me yang release pada tahun 2013. Filem ini ada sequelnya iaitu Now You See Me 2 yang release pada tahun 2016 yang lalu. Berbalik pada movie ini, aku suka jalan ceritanya yang unik dan plot twistnya memang best sebab tak dapat dijangka. Filem ini diarahkan oleh Louis Leterrier dan dilakonkan oleh Mark Ruffalo, Jesse Eisenberg, Melanie Laurent, Woody Harrelson, Morgan Freeman, Isla Fisher, Dave Franco, Michael Caine dan ramai lagi. Selain itu filem ini juga menang The Favorite Thriller Movie dalam People's Choice Awards pada tahun 2014.

Filem Now You See Me ini mengisahkan tentang 4 ahli silap mata yang berbakat, telah dipilih oleh seseorang untuk menjadikan mereka satu kumpulan yang bernama Four Horseman. Empat ahli silap mata ini terdiri daripada Danny (Jesse Eisenberg) yang merupakan ketua kumpulan, Merritt Mckinney (Woody Harrelson), yang merupakan pakar hypnotist (Pakar dalam hal - hal Pukau), Henley Reeves yang merupakan satu - satunya wanita dalam kumpulan Four Horseman ini dan yang terakhir sekali adalah Jack Wilder yang merupakan ahli termuda dalam Four Horseman. Mereka awalnya melakukan silap mata secara solo dan kecil - kecilan, kemudian mereka berempat menerima kad Tarot yang akhirnya membawa mereka ke satu apartment kosong. Bermula dari situ, mereka berempat menjadi satu kumpulan dan bergabung membuat pertunjukan Silap Mata dalam skala yang besar, seterusnya mempunyai misi tertentu untuk merompak duit secara besar - besaran kemudian memberikan duit berkenaan kepada semua penonton pertunjukan silap mata mereka. Mereka berempat juga tidak mengenali, siapakah orang yang bertanggungjawab menemukan mereka serta merancang segala plan untuk merompak. Walaubagaimanapun mereka mengikut saja semua arahannya tanpa bertemu orang tersebut. 

Disebabkan hal ini, mereka berempat diburu polis dan FBI. Dylan Rhodes yang merupakan ejen FBI bergabung dengan Alma Dray yang merupakan Ejen Interpol dari Perancis untuk menangkap kesemua ahli Four Horseman ini. Dylan Rhodes kelihatan bersungguh - sungguh ingin menangkap Four Horseman ini, namun usahanya untuk menangkap mereka sentiasa gagal. Thaddeus Bradley merupakan bekas ahli silap mata yang buat duit dengan mendedahkan rahsia silap mata semua pakar ahli silap mata yang lain. Thaddeus kelihatan sangat berminat dengan Four Horseman dan sentiasa cuba mendedahkan rahsia mereka kepada umum dan juga FBI. Scene yang paling aku suka mestilah masa mereka semua buat pertunjukkan Silap Mata itu, memang seronok tengok filem ini, sebab jalan ceritanya kreatif dan unik. Scene ketika Four Horseman memerangkap sponsor mereka sendiri iaitu Arthur Tressler itu juga menarik sebab ianya tidak dijangka. Akhir sekali Four Horseman berjaya memerangkap Thaddeus Bradley dan kemudian Thaddeus ini dimasukkan ke dalam penjara kerana disyaki bersubahat dengan Four Horseman, sedangkan dirinya diperangkap. Siapa sangka, orang yang bertanggungjawab membentuk dan menemukan ahli Four Horseman ini sebenarnya orang yang sangat mereka kenali.  

Ending filem Now You See Me ini berakhir dengan keempat - empat ahli Four Horseman bertemu dengan orang yang bertanggungjawab menemukan dan menyatukan mereka semua. Mereka berempat sedikit terkejut dan juga gembira dapat bertemu dengan orang tersebut, siap ada yang minta maaf semua tau, kelakar juga scene tersebut. Apa pun aku memang enjoy menonton movie ini, rasa terhibur dan seronok. Apa pun aku bagi 8.3 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. 

Gambar diatas credit to Bev Moser at http://www.flickr.com/photos/momentsbymoser/

Read More

My Random Post