23 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Ooops! Terlajak Nikah

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Astro Citra, Ending, Drama, Cinta, Pelakon, Dato Aliff Syukri, Sharifah Shahirah, Normah Damanhuri, Azad Jasmin, Ruhainies,
Sinopsis Telemovie Ooops! Terlajak Nikah

Telemovie Ooops! Terlajak Nikah telah pun disiarkan di Slot Citra Exclusive, Astro Citra dan Mustika HD pada 22 Julai 2017 yang lalu. Telemovie ini dilakonkan oleh Dato Aliff Syukri, Sharifah Shahirah, Normah Damanhuri, Azad Jasmin, Ruhainies dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Ooops Terlajak Nikah ini adalah Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Ini kali pertama Dato Aliff Syukri berlakon telemovie sebagai watak utama dan dari tajuk telemovie ini, aku ingatkan jalan cerita telefilem ini memang ceria dan happy ending di akhirnya. Tapi salah jangkaan aku sebab ending telemovie ini boleh pula bertukar jadi sad ending. Apa pun boleh tahan juga jalan cerita telemovie ini sebab macam - macam ada, komedi ada, sedih pun ada juga. Lakonan para pelakonnya pun best - best belaka. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ya, selamat membaca.

Sinopsis Telemovie Ooops! Terlajak Nikah

Mengisahkan Zahid yang sangat manja dengan ibunya, Zahid mempunyai kerjaya tetap tapi masih belum berkahwin dan sangat menyayangi ibunya itu. Suatu hari Zahid telah terserempak dengan seorang wanita jelita (lakonan Ruhainies) di dalam sebuah kedai runcit. Zahid tepukau dengan kecantikan wanita jelita itu dan mengekori wanita tersebut hingga sampai ke sebuah rumah, Zahid kemudian terus memerhati wanita jelita itu dari jauh, kelakuan Zahid yang mencurigakan itu telah dilihat oleh seorang makcik lalu makcik itu memarahi Zahid kerana menyangkanya pencuri / perompak. Namun Zahid menerangkan perkara yang sebenarnya, dimana dia hanya memerhatikan seorang wanita jelita yang berada dalam rumah tersebut. Makcik itu kemudiannya mencadangkan Zahid supaya menyuruh keluarganya datang meminang kerana wanita tersebut masih single and available. Selepas itu Zahid tidak dapat melupakan wanita jelita tersebut dan ingin berkahwin dengannya, Zahid kemudiannya menelefon ibunya dan menyuruh ibunya untuk meminang wanita tersebut. Zahid tidak tahu nama wanita tersebut sebaliknya hanya mengingati wajah wanita tersebut serta warna langsir depan rumah wanita itu saja.

Berpandukan gambaran rumah yang diberikan oleh Zahid, Ibunya dan rombongan merisik terus pergi ke rumah tersebut. Lamaran Zahid diterima oleh keluarga wanita berkenaan dan mereka inginkan pernikahan segera dijalankan. Zahid bersetuju dan tak sabar nak berkahwin, kawan Zahid menasihati Zahid supaya berjumpa dan berkenalan dulu dengan bakal isterinya itu sebelum berkahwin. Namun Zahid enggan mendengar nasihat kawannya itu. Ketika hari pernikahan, wanita tersebut memakai purdah dan akhirnya Zahid selamat menjadi suami pada wanita tersebut yang bernama Zakiah. Selepas sah bernikah, ibu Zahid menyuruh Zakiah untuk membuka purdahnya, setelah purdah dibuka, Zahid terkejut kerana Zakiah itu bukan wanita jelita yang dijumpainya tempoh hari, sebaliknya Zakiah adalah janda yang lebih berusia daripada Zahid. Rupa - rupanya Ibu Zahid telah tersalah meminang, rumah wanita jelita itu adalah disebelah rumah Zakiah. Hal ini membuatkan Zahid tidak dapat menerima isterinya itu namun setelah dimarahi ibunya, Zahid akhirnya akur dan membawa Zakiah pulang ke rumahnya setelah 2 hari berkahwin.

Setelah berkahwin, Zahid melayan Zakiah dengan kasar, dia juga sering memarahi Zakiah serta sangat tidak menyukai Zakiah dan menganggap Zakiah sebagai perempuan tua yang layak jadi pembantu rumahnya saja. Zakiah hanya tenang dan mengikut segala kata Zahid tanpa membantah. Selain itu Zahid juga meninggalkan Zakiah seorang diri di rumah berbulan lamanya, dan pergi menumpang di rumah kawan baiknya itu. Setelah dinasihati oleh kawannya untuk pulang ke rumah, Zahid akhirnya pulang ke rumah dan disebabkan satu hal, Zahid mula memarahi Zakiah dan tanpa sengaja Zakiah terjatuh dan terseliuh kakinya. Disebabkan insiden kaki Zakiah cedera itu berjaya membuatkan Zahid bercakap dan berborak dengan Zakiah. Akhirnya Zakiah mencadangkan supaya mereka bercerai saja pada akhir tahun dan membuatkan Zahid gembira, Zahid kemudiannya mencadangkan agar mereka berdua menjadi kawan baik saja dan Zakiah setuju. Sejak menjadi kawan baik, hubungan Zahid dan Zakiah bertambah baik dan mesra, Zahid juga sudah mula berubah menjadi lebih alim dan lebih baik berbanding dulu.

Akhirnya Zahid benar - benar jatuh cinta pada isterinya Zakiah, lalu Zahid memutuskan untuk meluahkan rasa cintanya itu pada isterinya, sekaligus membatalkan penceraian mereka. Zahid menyangka isterinya akan gembira bila mendapat tahu yang Zahid sudah mencintainya namun sebaliknya pula terjadi, apabila Zakiah menjadi sedikit marah serta ingin bercerai dengan Zahid seperti yang dirancang sebelum ini. Zahid mula keliru dengan sikap Zakiah serta mula tidak tentu arah bila Zakiah tetap dengan keputusannya ingin bercerai. Apa yang bakal berlaku seterusnya? kenapa Zakiah ingin bercerai?. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post