8 Ogo 2017

Drama Pergilah Air Mata Dibarisi Pelakon Hebat

Drama Melayu, Sinopsis, RTM, TV1, TVi, Review, Drama Best, Drama Adaptasi Novel, Pergilah Air Mata, Novelis Hanni Ramsul, Senarai Pelakon Drama Pergilah Air Mata, Pelakon,Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Ashraf, Reen Rahim, Jasmin Hamid, Mustapha Kamal, Nadia Mustafa, Azlee Khairi, Kathy Azean, Watak, Sabrina, Badrul, Dayana, Ikhmal, Maria,
Drama Adaptasi Novel Pergilah Air Mata Lakonan Nelydia Senrose & Kamal Adli

Masa drama Pergilah Air Mata tengah hangat disiarkan di Slot Widuri TVI (RTM) pada tahun 2016 aku tak menonton pun drama ini. Tapi aku tahu drama Pergilah Air Mata yang merupakan adaptasi Novel Pergilah Air Mata karya Novelis Hanni Ramsul ini sememangnya mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Drama Pergilah Air Mata mempunyai 26 episod namun disebabkan drama ini disukai penonton, maka drama ini disambung ke musim kedua, bertajuk Pergilah Air Mata Khas Raya dengan mempunyai 4 episod tambahan yang disiarkan bermula pada Hari Raya Ketiga (2017) hari itu. Ini bermakna drama ini mempunyai 30 episod, aku bernasib baik apabila musim raya hari itu, TVi menyiarkan semula Drama Pergilah Air Mata dari episod 1 sampailah episod 30 yang berakhir pada 4 Ogos 2017 yang lalu. Jadilah dapatlah aku tengok kesemua episod drama ini dari season 1 dan season 2. Selain itu aku juga sangat suka dengan pemilihan barisan pelakon drama ini sebab kesemua pelakon berjaya membawakan watak mereka dengan baik sekali. Antara pelakon drama ini terdiri daripada Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Ashraf, Reen Rahim, Jasmin Hamid, Mustapha Kamal, Nadia Mustafa dan ramai lagi.

Gandingan Nelydia Senrose dan Kamal Adli sebagai Sabrina dan Badrul juga nampak serasi dan sepadan berdua. Manakala Izreen Azminda melakonkan watak Dayana, Amar Ashraf pula melakonkan watak Ikhmal dan Reen Rahim melakonkan watak Maria. Izreen memang sesuai betul melakonkan watak Dayana tu, nampak menyakinkan, terbaiklah lakonan semua pelakon. Kadang - kadang geram juga dengan watak Badrul ini, apabila Sabrina dan Dayana marah dan merajuk, Badrul boleh pula sibuk nak memujuk Dayana, manakala Sabrina dia buat tak peduli, memang patut Sabrina lari tinggalkan Badrul tu. Antara scene yang aku suka masa Sabrina dan Badrul datang ke majlis perkahwinan Maria dan Ikhmal lalu bersemuka dengan Maria dan akhirnya segala penipuan Maria terbongkar. Ikhmal marah betul manakala Maria pula terus merayu meminta maaf pada Ikhmal.

Ending Pergilah Air Mata di musim pertama iaitu di episod 26, berakhir dengan Majlis Perkahwinan Sabrina dan Badrul. Kelihatan Dayana dan Ikhmal ketika ini macam dah redha yang mereka tiada jodoh dengan pasangan masing - masing iaitu Badrul dan Sabrina. Nampaklah yang Dayana dan Ikhmal dah move on serta mendokan kebahagiaan Badrul dan Sabrina. Namun bila masuk Drama Pergilah Air Mata Khas Raya yang merupakan musim kedua untuk drama ini lain pula jadinya. Dimana Dayana dan Ikhmal tak boleh terima kenyataan pula dan jadi macam orang gila talak pula. Ikhmal mula agresif dan mendesak Badrul untuk melepaskan Sabrina, manakala Dayana pula mendesak Badrul untuk menerimanya semula, serta turut merayu dan mengugut Sabrina supaya merelakan dia berkahwin semula dengan Badrul. Sabrina pula boleh pula akur dengan kehendak Dayana tu, nasiblah Badrul tetap dengan pendiriannya iaitu tak akan menduakan Sabrina lagi. Manakala Maria pula dah jadi hampir gila, sekejap dia okey, sekejap dia tak okey dan sentiasa menyebut nama Ikhmal, manakala Ikhmal pula langsung tidak mempedulikan Maria dan sibuk mencari Badrul dan menganggu Sabrina.

Dayana mula berubah apabila terserempak dengan Maria yang ketika itu asyik meracau dan tidak betul, begitu juga Ikhmal yang berubah apabila terlanggar Maria. Selepas itu Dayana mula insaf manakala Ikhmal pula mula menjaga Maria. Ending Drama ini di musim kedua ini berakhir dengan scene Badrul dan Sabrina datang menjenguk Maria dan Ikhmal pun berada di sisi Maria, ketika ini nampaklah Sabrina dan Maria berbaik - baik semula dan menangis walaupun tanpa dialog. Lagu Tema / OST Drama Pergilah Air Mata ini banyak menggunakan lagu - lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza seperti lagu Biarlah Rahsia, Wanita dan lain - lain lagi. Manakala OST Pergilah Air Mata Khas Raya pula menggunakan lagu Aku Cinta nyanyian Syamel dan Ernie Zakri. Apa pun lagu - lagu tersebut memang sesuai dengan jalan cerita drama ini. Hope di masa hadapan ada banyak drama best yang disiarkan di RTM.  

Gambar di atas credit to Lihatmari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post