3 Ogo 2017

Review Filem Brain On Fire (English Movie)

Review, Sinopsis, Filem, Movie, English Movie, Brain On Fire, Berdasarkan Kisah Benar, Buku, Memoir Brain On Fire : My Month Of Madness, Susannah Cahalan, Ending, Senarai Pelakon Brain On Fire, Pelakon, hloe Grace Moretz, Jenny Slate, Thomas Mann, Tyler Perry, Carrie Anne Moss, Richard Armitage,
Review & Sinopsis Filem Brain On Fire ( English Movie)

Hari ini aku nak buat review english Film yang bertajuk Brain On Fire. Filem ini dilakonkan oleh Chloe Grace Moretz, Jenny Slate, Thomas Mann, Tyler Perry, Carrie Anne Moss, Richard Armitage dan ramai lagi. Filem ini release pada 14 September 2016 dan diarahkan oleh Gerard Barrett. Aku suka dengan filem Brain On Fire ini kerana ianya berdasarkan kisah benar yang diadaptasi daripada buku Susannah Cahalan's iaitu Memoir Brain On Fire: My Month Of Madness. Ini bermaksud filem ini berkisarkan tentang kisah Susannah Cahalan yang menderita satu penyakit misteri dan apa yang berlaku dalam hidupnya serta bagaimana dirinya boleh survive dan hidup sampai sekarang. Awalnya aku ingat Susannah Cahalan yang sebenarnya dah berusia tapi rupanya muda lagi dia ni, cantik pula tu manakala lakonan Chloe Grace Moretz sebagai Susannah juga sangat menyakinkan dan terbaik. Bila tengok filem ini, kita akan kesian dan terbayang macam manalah kalau kita yang berada di tempat Susannah itu. Aku juga suka dengan sikap Bos / majikan Susannah di tempat kerja itu, Bosnya itu sangat memahami dengan derita dan penyakit yang dihidapi Susannah itu, kalau majikan lain pasti dah pecat Susannah ini.

Scene - scene ketika Susannah mula sakit itu memang sangat sedih, apa pun nasib baiklah Susannah bertemu doktor yang tepat, yang dapat mengenal pasti apa penyakitnya serta punca - puncanya dan berjaya mengubatinya. Selain itu aku juga kagum dengan teman lelaki Susannah ini iaitu Stephen, kerana dia sangat setia dan sentiasa berada disisi Susannah, walaupun ketika itu Susannah sakit teruk. Walaupun awalnya Stephen ini nampak macam tak baik saja sampai ayah Susannah juga tidak suka pada Stephen itu. Tapi akhirnya ayah Susannah itu sedar yang Stephen memang lelaki yang baik dan setia. Susah nak jumpa lelaki seperti Stephen ini, sebab kebanyakannya memang ramai yang tidak setia dan sanggup untuk tinggalkan teman wanita masing - masing yang sedang sakit. Ending Brain On Fire ini memang happy ending, siap di hujung - hujung filem ini akan ditunjukkan wajah sebenar Susannah Cahalan ini serta orang - orang terdekatnya. Malah ditunjukkan juga gambar kahwin Susannah di akhir cerita filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye

Sinopsis Filem Brain On Fire

Mengisahkan tentang kisah hidup Susannah Cahalan yang bahagia dengan hidupnya, Susannah sangat rajin bekerja dan berjaya mendapatkan perkerjaan impiannya iaitu menjadi penulis di New York Post. Dirinya disenangi ramai, malah Susannah juga merupakan orang harapan majikannya. Ibu Bapa Susannah dah bercerai serta sudah berkahwin baru, namun Susannah tetap rapat dengan kedua ibu bapanya serta ibu dan bapa tirinya itu. Lama kelamaan Susannah mula rasa ada benda yang tak kena dengan dirinya, dirinya mula berhalusinasi, dan fikirannya mula melayang -layang dan termenung. Prestasi kerja Susannah mula merosot dan dirinya tidak boleh menumpukan perhatian mahu pun fokus pada kerjanya. Richard yang merupakan majikan Susannah menugaskan Susannah untuk menemubual senator serta menulis satu artikel tentangnya. Namun pada hari yang ditetapkan, Susannah telah lupa akan kerjanya itu serta tidak bersedia untuk menginterview Senator itu, namun dalam keadaan kelam - kabut Susannah cuba melakukan tugasnya itu. Namun Susannah tidak dapat fokus dan akhirnya menyebabkan Susannah mula bertindak ganas serta mengamuk di depan Senator itu.

Akibatnya Susannah dimarahi oleh majikannya, selepas itu perangai dan kelakuan Susannah mula bertukar menjadi lebih agresif dan ganas di tempat kerja. Dirinya sentiasa mengamuk dan akhirnya majikannya menyuruh Susannah untuk mengambil cuti. Susannah kemudiannya pergi berjumpa doktor namun doktor tersebut tidak dapat mengetahui penyakit sebenar Susannah kerana setelah diperiksa Susannah sihat. Kemudian Susannah mula tinggal dengan ibunya dan selepas tinggal bersama ibunya, penyakit Susannah makin teruk, dirinya kini mulai sawan seterusnya pengsan. Namun yang peliknya kebanyakan doktor yang Susannah dan ibu bapanya jumpa tidak dapat mengetahui penyakit sebenar Susannah. Sepanjang tempoh masa ini, Susannah sering berada di hospital, dan dari hari ke hari, penyakitnya bertambah teruk, doktor yang merawat Susannah semuanya pelik dengan penyakitnya. Akhirnya salah seorang doktor yang merawat Susannah itu telah pergi berjumpa dengan seorang doktor yang lain yang bernama Dr. Souhel Najjar untuk membincangkan tentang penyakit Susannah ini.

Doktor Souhel Najjar telah pergi berjumpa dengan Susannah Cahalan ini dan cuba mengenal pasti penyakitnya itu. Setelah melakukan beberapa ujian, Doktor Souhel Najjar telah berjaya mengenalpasti punca penyakit itu dan cara yang tepat untuk merawat penyakit itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, apa sebenarnya penyakit Susannah ini?. Apa pun aku bagi 6.8 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.

Gambar diatas credit to Georges Biard

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    singgah blogwalking dari Segmen Nak URL Blog #31

    www.myarosli.com

    BalasPadam



My Random Post