23 Okt 2017

Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared

Filem Korea House Of Dissappeared, Sinopsis, Review By Miss Banu, Misteri, Seram, Thriller, Plot, Twist, Ending, Korean Movie, Pelakon Filem House Of Dissappeared, Kim Yunjin, Taecyeon, 2PM, Jo Jae Yun,
Review Dan Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared

Seperti biasa hari ini aku nak buat Review dan Sinopsis Filem Korea yang bertajuk House Of Dissappeared. Filem ini bergenre seram, misteri, thriller dan release pada 6 April 2017 yang lalu. Pelakon filem House Of Dissappeared ini terdiri daripada Kim Yunjin, Taecyeon, Jo Jae Yun dan ramai lagi. Kalau tengok dari tajuk filem ini pun, korang dah boleh mengagak yang jalan cerita drama ini berkisarkan tentang sebuah rumah yang misteri dan menyeramkan. Ada plot twist juga dalam filem ini, kadang - kadang aku keliru juga dengan jalan ceritanya yang berulang - ulang tapi masih menghiburkan. Antara scene yang mendebarkan dalam filem ini apabila anak lelaki sulung Mi Hee hilang di sebalik pintu. Apabila pintu tersebut di buka hanya ada dinding saja dan anaknya terus lenyap. Selain itu korang juga akan rasa menyampah juga dengan watak Chul Joong yang agak kejam dengan anak tirinya itu. Tak sangka ada banyak hantu di rumah tersebut, sampai hantu jepun pun ada juga. Taecyeon melakonkan watak baik dalam filem ini iaitu sebagai Paderi Choi yang merupakan kawan baik kepada anak lelaki Mi Hee yang hilang ketika dirinya masih kecil. 

Ending filem House Of Dissappeared ini agak sedih juga, tapi realistik, apa pun aku bagi 7.8 Bintang dari 10 Bintang untuk Korean Movie ini. Apa pun jom baca sinopsis filem ini dibawah ye. Selamat Membaca..

Sinopsis Filem Korea - House Of Dissappeared 
25 tahun yang lalu, Mi Hee adalah seorang suri rumah yang biasa sama seperti orang lain. Dia berkahwin dengan Chul Joong yang bekerja sebagai polis dan mendapat seorang anak lelaki. Chul Joong seorang yang panas baran dan sentiasa berat sebelah serta tidak begitu menyukai anak tirinya yang merupakan anak Mi Hee dengan bekas suaminya yang dulu. Chul Joong sangat menyayangi anaknya dan sentiasa mengarahkan anak Mi Hee yang sulung itu untuk menjaga dan melindungi adiknya. Ada beberapa orang yang sudah memberi amaran pada Mi Hee supaya keluar dari rumah yang didiaminya itu dengan segera kerana dikatakan tidak selamat. Mi Hee berasa tidak sedap hati dengan hal itu tapi mereka tidak dapat berpindah dari situ lagi. Tidak lama kemudian anak lelaki Mi Hee yang bongsu akhirnya mati dan menyebabkan Chul Joong berasa sedih dan marah serta menyalahkan anak sulung Mi Hee yang cuai dalam menjaga adiknya itu. Tidak lama lepas itu Chul Joong yang mabuk dan tidak begitu waras cuba untuk membunuh anak Mi Hee itu.


Tak lama lepas itu Mi Hee mendapati suaminya telah dibunuh dan anak lelakinya itu telah hilang. Walaubagaimanapun polis menangkap Mi Hee dan yakin Mi Hee telah membunuh suaminya itu dan akhirnya dipenjarakan. Mi Hee dipenjarakan selama 25 tahun atas kesalahan yang dia tidak lakukan namun dia tidak dapat membuktikan yang dirinya tidak bersalah. Mi Hee akhirnya dibebaskan dari penjara kerana sudah tua, uzur dan mempunyai penyakit kronik serta tidak mampu hidup lebih lama lagi. Selepas keluar dari penjara, Mi Hee terus pulang ke rumah lamanya dan yakin ada sesuatu yang berlaku di rumah tersebut serta yakin anaknya masih hidup cuma terperangkap di suatu tempat. Paderi Choi sentiasa datang melawat Mi Hee di rumah dan cuba memujuk Mi Hee untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku di rumah tersebut pada malam kejadian, 25 tahun yang lalu. Pada suatu malam, semua hantu mula keluar dari satu pintu dan berlegar - legar di dalam rumah itu. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Mi Hee bertemu dengan anaknya semula?.

Gambar diatas credit to https://pixabay.com
Read More

22 Okt 2017

KFC DELIVERY

KFC DELIVERY, KFC, Kentucky Fried Chicken, Perisa Original, Spicy, Whipped, Colonel Chicken Rice,
KFC DELIVERY

Sebelum ini aku pernah buat entry tentang Pizza Hut, jadi kali ini aku nak buat entry pasal KFC pula. Aku memang kerap juga order KFC ini secara online (KFC Delivery). Paling best, penghantarannya sangat cepat okey, baru saja order dan dalam 15 minit kemudian dah sampai pun KFC (Kentucky Fried Chicken) yang aku order itu. Aku juga dah pernah rasa menu terbaru KFC itu iaitu Spicy Sawadee Crunch itu, pendapat aku tentang menu terbaru itu okeylah tapi tak begitu sesuai dengan citarasa aku ini. Masa dulu - dulu aku suka dengan ayam goreng KFC yang spicy itu, tapi lama - kelamaan citarasa aku ini dah bertukar pula. Sekarang ini aku memang akan beli ayam goreng KFC yang original saja, yang spicy itu aku dah tak berapa suka. Teringat masa dulu - dulu masa keluar jalan - jalan dengan kawan - kawan di shopping mall, pastinya aku akan beli KFC dan bawa pulang ke rumah, tapi sekarang ini lebih mudah nak makan KFC dengan adanya KFC Delivery ini. Hanya perlu order saja dan akan ada abang KFC yang menghantar pesanan korang di pintu rumah nanti.

Antara menu yang aku selalu order adalah dalam satu set yang ada 3 ayam itu beserta air tin sekali dan lain - lain lagi. Kemudian aku akan order lagi Whipped Potato (Large) beserta dengan Whipped Potato Gravy. Kadangkala aku turut order Wedges atau Cheezy Wedges (Large) mahu pun Colonel Burger. Manakala air tin pula akan ada 2 pilihan sama ada Pepsi atau 7 Up dan pilihan aku mestilah 7 Up. Baru - baru ini juga aku pernah memesan Colonel Chicken Rice, dan memang sedap nasi ayamnya, tapi sayangnya diorang cuma menyediakan nasi ayam saja, kuahnya korang kena masak or cari sendiri hehehe. Kalau makan Colonel Chicken Rice dengan lauk dan kuah ayam masak merah masakan sendiri konform lagi sedap hehehe. Itu semua adalah antara menu yang selalu aku pesan kalau aku order KFC Delivery ini. Lebih menarik apabila setiap kali korang order secara online korang akan mendapat point, jika korang order di waktu - waktu tertentu, point yang korang akan dapat jadi lebih banyak lagi.

Dengan point berkenaan korang boleh memilih untuk menebus barang - barang yang ditawarkan dengan membida barang tersebut sampailah korang menang. Mahu pun memilih untuk menggunakan point korang itu untuk menebus makanan KFC secara free atau pun diskaun. Aku dah pernah menggunakan point - point aku itu untuk membida Mug dan aku menang. Sekarang ini cuma perlu tunggu diorang pos mug tersebut saja. Selain Mug ada banyak barang lain yang korang boleh bida, handphone pun ada tau cuma belum boleh dibida lagi. Aku juga pernah menggunakan point yang aku dapat itu untuk redeem Whipped Potato mahu pun Wedges secara percuma saja. Selain itu, dari segi harga pula pastilah lebih mahal sedikit kalau korang order online ini disebabkan ada caj kos penghantaran dan GST. Kalau makan di restoran KFC sendiri memang murah sedikitlah kan sebab tiada kos penghantaran semua. Apa pun tepuk dada tanya selera.

Read More

19 Okt 2017

Aloha Chicken From Pizza Hut

Aloha Chicken From Pizza Hut, Pizza, Restoran Pizza Hut, Pizza Hut Delivery, Makanan Kegemaranku, Order Pizza Secara Online, Island Tuna Pizza, KFC Delivery, McDelivery, Fast Food,
Aloha Chicken From Pizza Hut

Dalam zaman serba canggih ini, semua kerja jadi mudah, tambah - tambah bila nak makan kan, sekarang ini kalau rasa nak makan apa - apa saja, dah boleh order melalui telefon  mahu pun secara online saja. Selepas itu, makanan tersebut akan dihantar ke rumah anda, paling best makanan itu masih panas - panas lagi. Antara makanan kegemaran aku pastilah Pizza yang ada di Pizza Hut itu, Ada banyak pilihan pizza disana, sampai susah nak pilih tapi dalam banyak - banyak Pizza yang ada di Pizza Hut itu, Pizza Aloha Chicken memang antara yang paling aku suka. Kalau ke Pizza Hut mahu pun order secara online di laman web Pizza Hut (Pizza Hut Delivery), aku memang selalu akan order Pizza Aloha Chicken ini. Selain Pizza ini, aku juga pernah rasa Pizza Island Tuna, sedap juga tapi aku lebih suka Aloha Chicken lagi. Teringin juga nak rasa Pizza - Pizza lain yang ada tapi tak berkesempatan nak order lagi sebab takut tak kena dengan selera aku pula. Selalunya kalau nak makan pizza ini aku akan order online saja, sebab kedainya agak jauh jugalah dari rumah. Tapi kadang - kadang ada juga pesan dekat orang lain suruh tolong belikan. Lagi pun kalau beli sendiri Pizza ini di Restoran Pizza Hut, harganya jauh lebih murah berbanding kalau korang order delivery.

Order Online Pizza ini memang free delivery tapi harganya memang mahal, tapi aku dah pernah beberapa kali order online saja. Kalau dulu harga Pizza secara online ini untuk pizza yang bersaiz biasa dalam RM25 saja, tapi bila aku check harganya yang terkini dah jadi RM27.90, manakala untuk Pizza Aloha Chicken yang bersaiz besar, harganya dah jadi RM37.90 dan harga Pizza lain adalah dalam RM 29.90 untuk regular saiz. Boleh tahan mahal juga harganya, tapi bila dah teringin nak makan tu, aku order jugalah hehe tapi tak boleh nak makan selalulah kan, hope Pizza Hut akan buat promosi nanti mahu pun bagi diskaun best - best, jadi harga semua Pizza akan jadi lebih murah sikit berbanding biasa. Walaubagaimanapun yang paling best adalah penghantaran Pizza ke rumah aku memang sangat cepat, dan Pizzanya masih panas - panas lagi. Kalau nak makan Pizza dengan harga yang lebih murah, aku sarankan korang makan di restoran Pizza Hut itu sendiri, sebab harganya murah sikit berbanding order online. Tapi kalau dah malas nak keluar rumah, boleh saja order online nanti. Bila tengok gambar pizza Aloha Chicken di atas ini rasa lapar pula hehehe.

Selain Pizz Hut, Mc Donalds dan KFC juga turut menyediakan khidmat penghantaran makanan ke rumah anda dan aku juga biasa menggunakan McDelivery dan juga KFC Delivery ini. Apa pun nanti di lain entry, aku cerita pula pasal McDelivery dan KFC Delivery ini okey. Pada yang akan makan Pizza nanti, aku ucapkan selemat menjamu selera ya. 
Read More

17 Okt 2017

Review Drama Korea - Criminal Minds

Review Drama Korea, Korean Drama Review, Korean Drama, Drama Korea, Sinopsis, Ending, Pelakon Drama Criminal Minds Versi Korea, Lee Joon Gi, Son Hyun Joo, Moon Chae Won, Lee Sun Bin, Yoo Sun, Go Yoon, Kim Young Chul, Kim Won Hae, Oh Yeon Su, Criminal Minds Korean Version, Aksi, Suspen, Profilers, Criminal Profiling, Review By Miss Banu,
Criminal Minds - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Criminal Minds, drama bersiri 20 episod ini adalah remake Drama Series US yang tajuknya juga adalah sama. Drama ini disiarkan pada 26 Julai 2017 dan tamat pada 28 September yang lalu dan dilakonkan oleh ramai pelakon hebat Korea. Antara pelakon Criminal Minds Versi Korea ini terdiri daripada Lee Joon Gi, Son Hyun Joo, Moon Chae Won, Lee Sun Bin, Yoo Sun, Go Yoon, Kim Young Chul, Kim Won Hae, Oh Yeon Su dan ramai lagi. Apa pun memang teruja sangat bila dapat tahu Lee Joon Gi juga turut berlakon dalam drama ini sebab dia dah terlalu lama berlakon drama - drama yang berkisarkan zaman sejarah dan zaman lampau. Kali ini baru dapat lihat Lee Joon Gi melakonkan watak yang berada di zaman moden ini, last sekali dia berlakon drama yang bergenrekan aksi dan moden adalah drama yang bertajuk Two Weeks. Selain Lee Joon Gi, aku juga suka dengan barisan pelakon drama ini yang best - best belaka dan popular seperti Moon Chae Wan dan Lee Sun Bin. Pada peringkat awal, pelakon Kim A Joong telah ditawarkan watak utama dalam drama ini namun dia menolak dan akhirnya watak tersebut menjadi milik Moon Chae Won.

Setelah tamat drama Criminal Minds ini, ianya akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Avengers Social Club. Drama ini menceritakan tentang beberapa pegawai khas yang dikenali sebagai profilers yang menyiasat kes - kes jenayah berdasarkan perspektif penjenayah untuk menyelesaikan kes berkenaan ( Criminal Profiling ). Ada banyak kes - kes jenayah yang disiasat oleh mereka ini, ada kes jenayah yang suspen dan ada juga yang boring. Ini bermakna tak semua episod drama ini best sebab kadang - kala ada yang membosankan juga. Walaupun dibarisi oleh ramai pelakon hebat tapi jalan cerita drama ini agak lemah dan tidak begitu menarik. Aku sendiri agak sukar untuk menghabiskan menonton drama ini sehingga ke episod 20. Lee Joon Gi menjadi penyebab utama aku terus bertahan menonton drama ini hingga ke penghujungnya. Namun begitu, tak semua episod drama ini boring, ada juga yang best, antara episod yang aku suka adalah ketika diorang menyiasat kes kehilangan kanak - kanak itu. Selain itu episod yang melibatkan watak jahat yang digelar Reaper atau pun Kim Yong Cheol itu juga menarik apabila dia akhirnya membunuh isteri Kang Ki Hyung, malah ending drama Criminal Minds ini juga berakhir dengan kisah reaper itu.

Kalau nak bandingkan drama ini dengan drama - drama Korea yang lain seperti Signal, Voice mahu pun Tunnel memang jauh bezalah kan, sebab drama - drama tersebut memang berada dalam kategori best sangat. Namun begitu drama ini masih menghiburkan dan boleh ditonton. Selain itu aku juga mengalami masalah untuk berasa benci mahu pun gerun dengan watak jahat paling utama dalam drama ini yang bergelar reaper yang dilakonkan oleh Kim Won Hae. Sebabnya aku dah pernah melihat Kim Won Hae ini melakonkan watak komedi dalam drama Chief Kim / Good Manager dan juga dalam Drama Strong Woman Do Bong Soon, jadi susah untuk aku berasa serius mahu pun benci apabila melihat lakonan Kim Won Hae dalam drama ini. Lagu tema / OST Criminal Minds ini not bad juga, manakala ending drama Criminal Minds ini memang happy endinglah kan apabila watak jahat dalam drama ini mati dan watak lain meneruskan hidup mereka seperti biasa. Selain itu tiada kisah cinta langsung dalam drama ini yang membabitkan watak Lee Joon Gi mahu pun Moon Chae Won sebab mereka hanya rakan sekerja saja. 

Agar sukar juga nak tengok Moon Chae Woon tersenyum dalam drama ini, sebab wataknya sentiasa serius dan stress sepanjang masa. Pelakon Yoo Sun turut mencabar diri berlakon dalam drama ini, sebelum ini Yoo Sun pernah berlakon dalam drama Korea Our Gab Soon. Dalam Drama Our Gab Soon, wataknya lemah - lembut saja manakala dalam drama ini wataknya sentiasa ceria dan happy go lucky. Selain itu aku rasa agak pelik sedikit melihat pelakon Kim Young Chul melakonkan watak sebagai ketua NCI yang nampak tegas sebab dah biasa melihat dia berlakon menjadi ayah yang baik dalam drama My Father Is Strange. Secara keseluruhannya aku bagi 6.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.

Gambar diatas credit to demical at Wikimedia Commons

Read More

15 Okt 2017

Finalis AF Megastar 2017

Finalis Akademi Fantasia Megastar 2017, AF MEGASTAR, Marsha, Amir, Shahir, Bob, Amir Jahari, Idayu, Syamel, Akademi Fantasia Megastar, Peserta, Tersingkir, Juara, Finalis, Semi Final AF Megastar, Separuh Akhir,
Finalis Akademi Fantasia Megastar 2017

Hari ini nak bercerita tentang Akademi Fantasia Megastar 2017 atau AF Megastar. Diam tak diam dah masuk semi final dah pertandingan nyanyian ini, yang menghimpunkan semula bintang - bintang Akademi Fantasia semua musim yang terpilih dan berentap semula. Ahad depan dah final AF Megastar ini, kemudian minggu seterusnya Gegar Vaganza Musim Ke - 4 akan menyusul. Minggu suku akhir menyaksikan Indah Ruhaila tersingkir manakala peserta lain layak ke pusingan separuh akhir. Antara Bintang AF yang beraksi di pusingan Semi Final adalah Marsha, Amir, Shahir, Bob, Amir Jahari, Idayu dan Syamel. Di minggu ketujuh ini yang merupakan minggu separuh akhir menyaksikan para peserta perlu melakukan 2 lagu tugasan, satu lagu solo dan satu lagu duet. Pada pendapat aku, Bob, Idayu, Syamel dan Marsha mungkin dapat ke final dengan mudah, manakala persaingan akan terlihat antara Shahir, Amir dan Amir Jahari untuk merebut tempat ke final AF MEGASTAR ini. Namun itu cuma tekaan aku saja, kerana selain markah juri, undian peminat turut diambil kira, jadi apa saja boleh berlaku.

Bila dah nak masuk Final ini , pasti ramai yang berteka - teki siapalah bakal juar AF Megastar 2017 ini kan, memang susah nak memilih sebab semuanya berbakat besar dan semuanya bergantung pada persembahan mereka di malam final nanti. Apa pun kalau boleh aku nak Bob yang jadi juara tak pun Idayu. Aku suka tengok Dato Ramli M.S dan Dato M.Nasir puji Bob tu. Namun semua peserta lain pun best juga, aku ingat lagi, aku pernah mengundi Bob dulu masa AF2 dulu hehehe. Selain itu, Marsha juga agak mengejutkan aku dengan mutu suaranya dan gaya persembahannnya yang menarik berbeza dengan Marsha di zaman - zaman Akademi Fantasia Musim ke - 3 dulu (AF3). Begitu juga dengan Amir Jahari yang makin menyerlah di AF Megastar ini. Idayu dan Syamel pula tak payah ceritalah kan sebab diorang memang sentiasa best dalam apa yang diorang lakukan. Amir dan Shahir yang masing - masing merupakan Juara AF juga best dan bila dua - dua masuk bottom three, memang aku berharap sangat diorang tak tersingkir sebab nak tengok diorang menyanyi lagi tiap - tiap minggu kan. Plus siapa yang tak suka tengok Amir dan Shahir ini kan hehehe. 

First time juga tengok Dato Ramli MS bagi standing ovation pada Idayu, sebelum ini tak pernah tengok dia bagi standing ovation dekat mana - mana penyanyi lain. Amir dan Amir Jahari akhirnya tersingkir dan menyaksikan Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir menjadi finalis AF Megastar, tahniah buat mereka.

Read More

14 Okt 2017

Peserta Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4

Gegar Vaganza, Musim Ke - 4, 2017, Pertandingan, Nyanyian, Penyanyi, Artis Malaysia, Lagu Best, Senarai Peserta, GV4, Peserta Gegar Vaganza Musim Ke - 4, Firman, Ferhad, Lan Kristal, Tia Jinbara, Aqasha, Hazami, Haida, Raja Azura, Syura, Elyana, Aishah, Liza Hanim,
Peserta Gegar Vaganza 2017 Musim Ke - 4

Pertandingan nyanyian popular iaitu Gegar Vaganza Musim Ke -4 (2017) akan kembali bersiaran di Astro Ria bermula 29 Oktober 2017 ini. Program Gegar Vaganza atau GV4 ini disiarkan bagi menggantikan AF Megastar yang akan tamat tidak lama lagi. Program Gegar Vaganza ini sememangnya dinanti oleh ramai penonton untuk melihat penyanyi kesukaan mereka bertanding untuk merebut gelaran juara. Diam tak diam dah nak masuk musim keempat dah Gegar Vaganza ini, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai Ilusi, manakala musim kedua pula dimenangi oleh Siti Nordiana dan musim ketiga dimenangi oleh Azharina. Jadi musim ke- 4 ini siapa pula pemenangnya? kan sebab semuanya hebat - hebat belaka. Pembaharuan di musim baru ini adalah penyertaan peserta dibuka kepada peserta atau penyanyi dari negara luar seperti Singapura dan Indonesia. 

Semua peserta yang bertanding dalam GV4 ini semuanya best - best belaka, masing - masing mempunyai suara yang sedap dan lagu - lagu yang popular dan terkenal. Pertandingan itu pastinya sengit habis. Penyanyi Firman dari Indonesia dan juga Ferhad dari Singapura telah terpilih untuk menyertai GV musim keempat ini. Manakala peserta lelaki lain yang join GV4 ini adalah Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha dan Hazami. Dalam ramai - ramai peserta lelaki ini, aku paling excited nak tengok Aqasha menyanyi, dah lama tak tengok Aqasha ini menyanyi sebab asyik berlakon kan. Lagi pun Aqasha ini memang bermula sebagai penyanyi dulu dan kemudiannya baru berlakon, malah Aqasha juga pernah menyertai Bintang RTM dulu kalau aku tak silaplah dan berjaya menjadi finalis, cuma tak menang je masa itu. Aku harap Aqasha akan kekal lama dalam pertandingan dan kalau ada rezeki sampai ke final ke kan. 

Manakala peserta wanita pun tak kurang hebatnya, antara penyanyi wanita yang join Gegar Vaganza 2017 ini adalah Aishah, Elyana, Haida, Liza Hanim, Syura dan Raja Azura. Walaupun ramai yang mempertikaikan kenapa Aishah join Gegar Vaganza ini sebab dia dah dikira legend kan, tapi mungkin dia ada sebabnya yang tersendiri. Penglibatan Aishah dalam pertandingan ini akan memberi persaingan yang hebat dan sengit pada peserta lain. Syura dan Elyana pula antara penyanyi seangkatan dengan Siti Nordiana, malah mereka juga bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama. Jadi kemenangan Siti Nordiana yang lalu sedikit sebanyak memberi inspirasi pada mereka untuk turut bertanding dalam edisi kali ini. Apa pun aku memang dah lama berharap Elyana join GV ini dan akhirnya tercapai juga, plus aku dulu pernah jumpa Elyana dan Siti Nordiana secara live masa diorang datang buat persembahan dekat tempat aku dulu, masa ini Elyana masih penyanyi baru lagi tau.

Haida pula terkenal dengan lagu duetnya bersama kumpulan Senario iaitu lagu Zapin Usik Mengusik dan ramai juga terkejut bila Raja Azura join GV kali ini sebagai peserta. Setahu aku Raja Azura memang pernah ada lagu sendiri dan juga album sendiri dulu. Jadi tak hairanlah kalau dia join Gegar Vaganza ini. Maybe ramai yang dah biasa tengok Raja Azura atau Kak Engku ini jadi pengacara kan, pelakon dan Deejay Radio kan, kali ini kita boleh tengok dia menyanyi live. Paling best sekali pastilah sebab Liza Hanim pun join Gegar Vaganza musim keempat ini. Ikutkan dari GV2 lagi aku nak Liza Hanim join GV ini, akhirnya di musim ke- 4 ini, dia join juga, ikutkan memang rindu nak tengok Liza Hanim menyanyi kan, plus aku memang suka dengan lagu - lagu Liza Hanim ini. Setahu aku Liza Hanim ini memang dah biasa join pertandingan masa dulu - dulu seperti HMI Penghibur. Apa pun tak sabar nak tengok Gegar Vaganza Musim Keempat ini.



Read More

13 Okt 2017

One Week Friends - Japanese Movie Review

Japanese Movie, Filem Jepun, One Week Friends, Filem One Week Friends, Japanese Movie Review, Review By Miss Banu, Manga, Komik, Isshukan Furenzu, Pelakon Filem One Week Friends, Kento Yamazaki, Haruna Kawaguchi, Takashi Matsuo, Shuhei Uesugi, Haori Takahashi, Seika Furuhata, Ending Filem One Week Friends, Sinopsis,
One Week Friends - Japanese Movie Review

Selain drama Korea mahu pun Filem Korea, aku kadang - kadang tengok juga filem Jepun / Japanese Movie ini. Jadi hari ini aku nak review filem yang bertajuk One Week Friends. Apa pun gambar diatas ini adalah sekadar hiasan saja tau. Filem ini adalah adaptasi daripada Manga / Komik yang bertajuk Isshukan Furenzu manakala versi filemnya diarahkan oleh Shosuke Murakami. Filem ini release pada 18 February 2017 yang lalu dan dilakonkan oleh pelakon terkenal dan popular Jepun. Pelakon Drama One Week Friends ini terdiri daripada Kento Yamazaki, Haruna Kawaguchi, Takashi Matsuo, Shuhei Uesugi, Haori Takahashi, Seika Furuhata dan ramai lagi. Lokasi shooting filem ini banyak dibuat di kawasan sekolah, maklumlah jalan ceritanya pun pasal kawan, pasal remaja dan juga pasal cinta. Apa pun filem ini boleh dikatakan sweet juga, plus aku suka tengok heroin drama ini iaitu Haruna Kawaguchi sebab dia memang nampak cantik dan manis je dalam filem ini. 

Hero Filem One Week Friends ini iaitu Kento Yamazaki memang sangat popular dan terkenal di Jepun itu, walaubagaimanapun aku tak berapa suka dengan gaya rambutnya dalam filem ini. Rambutnya ala - ala kembang tu memang tak berapa sesuai dengan mukanya manakala wataknya dalam filem ini memang ala - ala budak baiklah kan. Dimana dia melakonkan watak sebagai Yuki Hase yang gemar melukis kartun, disenangi ramai dan mempunyai ramai kawan. Manakala heroin filem ini iaitu Haruna Kawaguchi membawakan watak Kaori Fujimiya yang merupakan pelajar baru di sekolah yang sama dengan Yuki Hase. Walaubagaimanapun Kaori lebih gemar bersendirian, buat hal sendiri dan tidak ada kawan kerana dia menjauhkan diri dari semua orang. Jalan cerita filem ini simple saja tapi masih menghiburkan, bila menonton filem ini teringat pula masa dulu - dulu, bila semua orang sibuk nak tulis dan ada diari masing - masing. 

Watak Yuki yang dilakonkan oleh Kento Yamazaki ini memang sweet dan baik saja tapi aku lebih sukakan dia jadi bad boy seperti dalam filem Wolf Girl And Black Prince itu. Ending Filem One Week Friends ini memang happy endinglah kan,  Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye.

Sinopsis One Week Friends ( Japanese Movie)

Mengisahkan Yuki Hase dan Kaori Fujimiya yang belajar di sekolah yang sama dan mereka juga rakan sekelas. Pertemua pertama Yuki Hase dan Kaori Fujimiya bermula di perpustakaan, kemudian mereka bertemu lagi di dalam train ketika pulang dari sekolah. Yuki yang tertidur di dalam train itu tergesa - gesa ingin turun dari train tersebut sehingga terlupa akan bukunya. Kaori yang perasan Yuki telah tertinggal bukunya dalam train itu cepat - cepat memberikan semula buku itu pada Yuki sebelum pintu train itu tertutup. Sejak kejadian itu, Yuki Hase sentiasa teringat pada Kaori Fujimiya dan teringin ingin mengenali serta berkawan dengannya. Selepas itu, ketika di sekolah, Yuki cuba menegur Kaori dengan ramahnya serta berterima kasih pada Kaori kerana telah memulangkan bukunya. Namun reaksi Kaori seolah - oleh terkejut dan langsung tidak mengingati akan pertemuan mereka dan akhirnya menjauhkan diri dari Yuki. Sikap Kaori yang dingin membuat Yuki keliru namun tidak berputus asa dan terus menerus cuba mendekati Kaori untuk berkawan dengannya.

Kaori terus - terusan menolak pelawaan Yuki untuk berkawan dengannya, akhirnya Yuki mengetahui alasan sebenar Kaori menolak untuk berkawan dengannya. Kaori Fujimiya mengalami masalah hilang ingatan, Kaori akan hilang ingatan dan memori semua kawan - kawannya pada setiap hari Isnin, memori Kaori tentang kawan - kawannya hanya bertahan selama seminggu saja dan ini membuatkan Kaori cuba menjauhkan diri dari semua orang dan sentiasa bersendirian. Yuki Hase cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah Kaori dan akhirnya dia menghadiahkan Kaori sebuah diari untuk dikongsi bersama. Melalui diari itu, Kaori dapat mengetahui apa yang berlaku dari awal tentang persahabatan mereka, sekaligus dapat mengatasi masalah memori Kaori yang hilang itu. Penggunaan diari tersebut berjaya dan berjalan lancar dan membuatkan Yuki makin rapat dengan Kaori. Ketika semuanya berjalan lancar, sesuatu telah berlaku dan membuatkan Kaori mengingati semula memori lamanya ketika bersekolah di sekolah lamanya. Namun Kaori langsung tidak mengingati akan Yuki.

Yuki mula berasa cemburu apabila Kaori mengingati seorang lelaki yang satu sekolahnya dengannya di sekolah lama. Akhirnya Yuki mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Kaori dan membakar diari yang dikongsi bersama itu. Tanpa diari itu, Kaori tak dapat mengingati Yuki dan persahabatan mereka. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Image courtesy of Ambro at FreeDigitalPhotos.net
Read More

My Random Post