11 Jan 2018

Filem Bad Genius Memukau dan Mendebarkan

Bad Genius, Poster Filem Bad Genius, Review Filem Bad Genius, Filem Thailand, Thai Movie, Thailand Movie Bad Genius, Suspen, Best, Sinopsis Bd Genius, Pelakon Filem Bad Genius, Chutimon Chuengcharoensukying, Eisaya Hosuwan, Teeradon Supapunpinya, Chanon Santinatornkul, Watak, Lynn, Grace, Pat, Bank, 2017, Best Movie,
Filem Bad Genius Memukau dan Mendebarkan

Rasanya ramai yang sudah membuat Review Filem Thailand Bad Genius ini kan, aku pun tak terkecuali ingin membuat sedikit Review Ringkas mengenai Filem Bad Genius ini. Ikutkan dah lama aku menonton filem ini di pawagam, cuma baru sekarang ini berkesempatan untuk membuat review mengenai filem Thai ini. Filem ini release di Thailand pada 3 Mei 2017, manakala di Malaysia ini, ianya release pada 10 Ogos 2017 yang lalu. Boleh dikatakan juga filem Bad Genius ini adalah filem dari Thailand yang paling mendapat sambutan di Malaysia ini, malah rata - rata penonton memuji dan memberikan review yang positif mengenai filem ini. Antara Pelakon Filem Bad Genius ini adalah Chutimon Chuengcharoensukying yang memegang watak Lynn, Eisaya Hosuwan sebagai Grace, Teeradon Supapunpinya sebagai watak Pat, Chanon Santinatornkul sebagai Bank, Thaneth Warakulnukroh sebagai Lynn's Father dan ramai lagi. Manakala pengarah filem ini adalah Nattawut Poonpiriya.

Di awalnya aku suka tengok hubungan persahabatan antara Grace dan Lynn ini, tapi bila Grace dah start membabitkan boyfriendnya Pat dalam hubungan mereka, sehingga ke tahap tiru meniru dalam exam, membuatkan aku jadi kurang suka pula dengan Grace ini. Scene Lynn mengajar dan menggunakan bahasa isyarat dengan gerakan jari nota piano itu untuk memudahkan dirinya memberi jawapan peperiksaan serta memudahkan rakan sekelasnya untuk memahami jawapan itu memang genius hahaha. Tapi ada juga yang tak boleh nak ikut cara Lynn ini sekaligus cuba membabitkan seorang pelajar genius yang lain iaitu Bank. Di awalnya aku suka dengan sikap Bank yang jujur, innocent dan genius itu, sekaligus aku turut kasihan dengannya apabila dia gagal mendapat biasiswa itu, tapi plot twist untuk watak Bank itu memang mengejutkan. Tak sangka Bank berubah dari baik kepada licik dengan sekelip mata. Aku yakin Lynn hampir nak batalkan rancangannya apabila mengetahui Pat yang membuatkan Bank gagal untuk mendapatkan biasiswa itu. Tapi bila Bank setuju nak bekerjasama, Lynn mula teruskan rancangannya semula.


Selain itu, aku sukakan keserasian watak Bank dan Lynn itu, lebih best jika diorang akhirnya bercinta kan hehehe, namun kesian juga pada Lynn yang terkejut besar melihat perubahan mendadak Bank. Scene ketika diorang berdua menjawab peperiksaan di Australia itu sangat suspen dan mendebarkan okey. Sikap Bank yang gelabah membuatkan dirinya tertangkap, hal ini memberi kesan yang besar pada Lynn. Geram pula tengok sikap Pat dan Grace yang seronok dan mengadakan party tanpa memikirkan apa yang telah berlaku pada Bank. Kalau filem Bad Genius ini ada sambungan, alangkah bagusnya kan, Bad Genius 2 gitu. Tapi rasanya macam susah untuk ada sambungan tapi aku harap watak Lynn dan Bank itu akan berbaik akhirnya. Lakonan para pelakon filem Bad Genius ini juga sangat terbaik, tak sangka pula ianya adalah filem pertama Chutimon Chuengcharoensukying yang membawa watak Lynn itu, dia sebelum ini adalah Fashion Model. Ending filem Bad Genius ini agak happy ending dan juga sad ending bagi aku. Apa pun pendek katanya filem ini memang best dan seronok untuk di tonton dan aku bagi 10/10 Bintang untuk filem ini.

Poster Bad Genius diatas credit to GDH 559

Disclaimer: Gambar yang ada di blog/web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, sila menghubungi saya disini ➔ Contact Me

2 ulasan:

  1. ala mcm best je... tp dah xde kat pawagan kan nih... hmmm

    BalasPadam
  2. hari tu dah letak dalam list antara cerita yg nak kena tengok tapi xsempat lagi. nanti nak kena cari nih

    BalasPadam



My Random Post