17 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Kampung Kuala Lambat

Telemovie Kampung Kuala Lambat, Telefilem, Cerita Lawak, Komedi, Astro, 2018, Sinopsis Kampung Kuala Lambat, Ending Telemovie Kampung Kuala Lambat, Watak, Pelakon Telemovie Kampung Kuala Lambat, Khir Rahman, Sabri Yunus, Imuda, Siti Elizad, Uqasha Senrose, Azizah Mahzan, Ashraf Muslim, Harun Hashim, Fauzuly Hamdan,
Sinopsis Telemovie Kampung Kuala Lambat (Astro)

Telefilem Kampung Kuala Lambat telah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pasa 14 April 2018 (Sabtu) yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Kampung Kuala Lambat ini adalah Khir Rahman, Sabri Yunus, Imuda, Siti Elizad, Uqasha Senrose, Azizah Mahzan, Ashraf Muslim, Harun Hashim, Fauzuly Hamdan dan ramai lagi. Telemovie arahan Melissa Saila ini memang seronok untuk ditonton kerana kelakar dan dibarisi oleh pelakon hebat, plus jalan ceritanya telemovie ini juga unik dan lain dari yang lain. Lebih menarik apabila ada banyak lagu - lagu popular 90an menjadi lagu latar telemovie ini. Skrip Telemovie Kampung Kuala Lambat ini dihasilkan oleh Megat Fauzi Isa dan diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor Sdn Bhd. Memang lawak tengok watak Murni yang dilakonkan oleh Siti Elizad tu sebab dia tak habis - habis dengan sepak raganya tu. Watak Saadon lagilah lawak sebab asyik terlupa semua benda, sampai rumah pun dia tak ingat kat mana, lepas tu boleh pula cross line Dewa hahaha. Tak sangka ending Kampung Kuala Lambat ini ada plot twist sikit hahaha, apa pun memang terhibut layan telemovie ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye, selamat membaca.



Sinopsis Telemovie Kampung Kuala Lambat (Astro)

Kampung Kuala Lambat bagai mengalami sumpahan apabila lelaki yang berkahwin muda akan mati di hari pernikahan mereka namun kejadian ganjil ini tidak berlaku kepada lelaki yang berusia 60 tahun ke atas. Hal ini menyebabkan ramai perempuan muda di kampung tersebut terpaksa berkahwin dengan lelaki tua kerana tiada pilihan lain. Seorang perempuan cantik di kampung tersebut yang bernama Jamilah (lakonan Uqasha Senrose) memutuskan untuk berkahwin dengan kekasihnya (lakonan Ashraf Muslim), orang tua di kampung tersebut iaitu Saadon (lakonan Khir Rahman), Maarof (lakonan Imuda), Dewa (lakonan Sabri Yunus) dan Temah (lakonan Azizah Mahzan) telah menasihati kekasih Jamilah supaya membatalkan perkahwinannya jika tidak mahu mati di hari pernikahannya, namun kekasih Jamilah degil dan meneruskan perkahwinannya lalu mati. Ketiadaan kekasih Jamilah membuka peluang pada Dewa yang masih bujang dan berhasrat ingin berkahwin dengan Jamilah. Dewa mewakilkan Saadon untuk pergi berjumpa dengan ayah Jamilah (lakonan Harun Hashim) untuk meminangkan Jamilah untuknya. Saadon yang menghidap penyakit Alzhemier's akhirnya terlupa tentang hasrat Dewa itu lalu meminangkan Jamilah untuk dirinya.

Ketika hari pernikahan Dewa terkejut melihat tok kadi menikahkan Saadon dengan Jamilah lalu membuatkan Dewa kecewa dengan tindakan Saadon yang mengkhianatinya itu. Dalam masa yang sama kawan baik Saadon dan Dewa iaitu Maarof turut berkahwin dengan perempuan muda bernama Murni (lakonan Siti Elizad). Walaubagaimanapun Murni bukanlah seperti perempuan lain di kampung tersebut kerana Murni seorang perempuan yang lasak dan suka bermain sepak raga. Murni sering mengajak dan memaksa suaminya Maarof untuk bermain sepak raga bersamanya. Maarof yang sudah tua mengalami kesukaran untuk mengikut kemahuan Murni yang suka bermain sepak raga tak kira masa. Murni akan merajuk dan bersedih jika Maarof enggan bermain permainan kesukaannya itu. Saadon yang sedar kesalahannya meminta maaf pada Dewa dan berjanji akan mencari jodoh yang baru buat Dewa. Walaubagaimanapun penyakit Saadon itu makin lama makin teruk dan membuatkan Dewa makin makan hati dengan sikap Saadon. Dewa hampir memukul Saadon namun dirinya dinasihati Maarof supaya bersabar dan bertolak ansur kerana Saadon itu sakit. Apa yang berlaku seterusnya? benarkah kampung Kuala Lambat itu terkena sumpahan? atau itu semua hanya cerita rekaan saja dan ada orang lain bertanggungjawab terhadap semua kejadian pelik di kampung berkenaan?.

1 ulasan:



My Random Post