8 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Sayang Suria - Cerekarama TV3

Telemovie, Telefilem, Sayang Suria, Telemovie Sayang Suria, Sinopsis Sayang Suria, Cerekarama, TV3, Sayang Suria Cast, Pelakon Telemovie Sayang Suria, Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Marisa Yasmin, Eizlan Yusof, Nabila Huda, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Jesse Lim,
Sinopsis Telefilem Sayang Suria Slot Cerekarama TV3

Telemovie Sayang Suria akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 7 April 2018 ini, walaubagaimanapun telemovie Sayang Suria ini adalah siaran ulangan kerana telemovie ini sudah pun disiarkan pada Ogos 2015 yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Sayang Suria ini adalah Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Marisa Yasmin, Eizlan Yusof, Nabila Huda, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Jesse Lim dan ramai lagi. Telemovie Sayang Suria ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye. Selamat membaca..



Sinopsis Telemovie Sayang Suria - Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Suria (lakonan Janna Nick), yang merupakan pelajar baru di semester pertama tapi Suria tidak mempunyai kawan kerana kawan - kawannya menganggap dirinya pelik. Suria sebenarnya mengidap SLE sejenis lupus - penyakit kronik di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. Suria kemudiannya berkenalan dan bersahabat dengan Rykal (lakonan Hafeez Mikail) yang juga pelajar baru tapi berlainan fakulti. Persahabatan mereka membibitkan cinta namun ditentang oleh Sufi (lakonan Marisa Yasmin) yang merupakan mama Rykal kerana menganggap mereka masih muda. Rykal memberontak dan mengajak Suria untuk berkahwin. Kemudian kedua pasangan ini lari dan bernikah pada Semester 2. 

Dengan kehilangan mereka berdua, ibu bapa mereka berusaha untuk menjejaki mereka. Masalah kesihatan Suria semakin melarat hingga dia terpaksa dibawa ke hospital. Pihak keluarga mereka akhirnya dapat mengesan Suria dan membawanya pulang. Rykal kemudian dipaksa untuk menceraikan Suria, perkahwinan mereka dibubarkan dan keduanya terpisah. Rykal kemudiannya membawa diri ke luar negara. Selepas 7 tahun, mereka berdua akhirnya bertemu secara tidak sengaja, tetapi Rykal sudah pun ada bakal isteri yang bernama Nur Izara (lakonan Faye Kusairi). Manakala Suria pula masih hidup bergantung dengan ubatnya dan dia menjadi jurucakap untuk "hidup positif" dan Suria juga diminati Rash (lakonan Hafreez Adam). Apa yang berlaku seterusnya? Apakah kebahagiaan akan menjadi milik Suria dan Rykal?. 

Gambar di atas credit to Instagram sarimahsarif

10 ulasan:

  1. sedih cerita ni ..

    jemput join segmen zati ^^

    SEGMEN BLOGLIST BY ZATI

    BalasPadam
  2. dah tgk mlm tadi.. mmg bestt.. sbb bg exposure pd liku liku hidup org yg ada auto immune disease ni..
    follow sini #280

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn, terima kasih sbb follow, done follow your blog too :)

      Padam
  3. sis ada link tk utk drama ni? rindu la cite ni wlaupun bru smlm tgk hehe

    BalasPadam
  4. Tak tgk pun lagi cerita ni. Nanti nak tgk la. Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  5. Arwah adk sy salah seorg pesakit SLE telah meninggal dunia pd 6 april 2018 setelah bertarung lbh kurang 8 thn dgn penyakitnya... slps mengetahui adk sy sakit, suami nye telah tinggalkan arwah adk tanpa khabar berita selama 8 thn dgn membawa lari anak lakinya... sungguh perit penderitaan yg dialami oleh adk sy.... sehingga menghembuskan nafas terakhir arwah tidak sempat bertemu dgn anaknya... hina sgtkan pesakit SLE ini??? Arwah adk tak minta pon dpt sakit ni.... 😭😭😭😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. takziah ye, moga awk tabah, kejam betul suami arwah adik awk tu huhu....

      Padam



My Random Post