7 Feb 2017

The Worst K-Drama You've Watched Until the End

Korean Drama, List, Senarai, Drama Korea, My Opinion, My Feeling,
The Worst K-drama You've Watched Until the End:

Tajuk entry ni bukan main lagi kan, the worst pula tu, apa pun dah masuk cabaran ke 18 dah untuk Korean Drama Challenge ini. Berbalik pada tajuk entry ini aku tak nak cerita atau senaraikan drama yang teruk ke apa ke, tapi aku cuma nak senaraikan Drama Korea yang mempunyai barisan pelakon yang popular dan mantap serta jalan cerita yang bermula dengan baik tapi di pertengahannya mula jadi kurang best sedikit, disebabkan jalan cerita yang meleret - leret, sedikit membosankan dan sebagainya. Walaubagaimanapun aku berjaya menonton episod demi episod drama korea yang aku senaraikan dekat bawah ini dari awal sampai akhir. 


1) I Miss You & Marry Him If You Dare

- Drama I Miss You dan Marry Him If You Dare ini kedua - duanya dilakonkan oleh pelakon popular Yoon Eun Hye, tapi itulah entah kenapa aku rasa jalan ceritanya agak kurang disukai oleh aku, tapi masih menghiburkan juga sebab aku berjaya menonton hingga ke akhir episod.
2) Fated To Love You
 - Merupakan lakonan Jang Hyuk dan Jang Na Ra, gandingan yang best, tapi mungkin aku tidak begitu suka watak Jang Nara dalam drama ini yang nampak agak lemah, senang kena buli, malah muka dia pun sentiasa pucat dan kurang make up.
3) My Lovely Girl
- Drama My Lovely Girl ni dilakonkan oleh Rain, Krystal, L Infinite dan lain - lain lagi. Barisan pelakon memang best, tapi sayangnya jalan ceritanya serba tak kena, kurang unsur - unsur dramatik dan agak susah juga untuk aku habiskan tengok drama ni tapi berjaya juga.
4) Birth Of A Beauty
- Drama ini dilakonkan oleh ramai pelakon favorite aku dan jalan ceritanya boleh tahan juga terutamanya di permulaan cerita. Entah kenapa bila sampai di pertengahan dan penghujung drama ni mula bertukar menjadi sedikit bosan dan draggy. Apa pun semua pelakon drama ini agak sporting juga bila kesemua pelakon watak utama cerita ini muncul dalam program Running Man. Susah sebenarnya nak tengok kesemua pelakon utama dalam 5 hingga 6 orang sanggup turun padang join program variety show seperti Running Man ini plus sangat sporting pula tu.

5) Warm and Cozy & The Time We Were Not In Love

- Persamaan kedua - dua drama diatas adalah bergenre romantik komedi, mempunyai jalan cerita yang simple dan sweet, lagu - lagu OST yang best tapi sayangnya mungkin jalan ceritanya terlalu biasa, simple dan tiada elemen - elemen suprise, twist atau mengejutkan dan terlalu bergantung dengan adegan romantik semata - mata membuatkan jalan cerita sedikit kurang menarik. Walaubagaimanapun, kedua - dua drama ni dilakonkan oleh pelakon popular dan berbakat besar seperti Ha Ji Won, Yoo Yeon Seok, Kang So Ra dan ramai lagi.
6) Mask 
-  Drama ini dilakonkan oleh pelakon hebat Soo Ae tapi entah kenapa aku tak berapa minat dengan drama ini, walaupun mempunyai barisan pelakon yang best dan menarik. Tapi aku dapat juga tonton sampai ke final episod, sebab rasa macam rugi pula kalau berhenti setengah jalan.
7) I Have A Lover
- Drama ni mempunyai episod yang panjang dalam 50 episod macam tu, jalan ceritanya bermula dengan baik dan membuatkan aku tertunggu - tunggu episod yang seterusnya. Bila masuk pertengahan episod memang lain pula jadinya, momentum baik dan laju pada awalnya mula mendatar dan membosankan. Nasib habis juga 50 episod drama ini.
8) Moorim School
- Di awal jalan cerita drama ni memang menarik sebab macam ala - ala sekolah Harry Potter dah, penuh misteri dan membuatkan penonton teruja. Walaubagaimanapun hujungnya tak seindah di awalnya, bila jalan cerita mula jadi boring dan aku habiskan juga tengok sebab dah tengok dari awal kan, jadi aku teruskan juga sebab persoalan akan terjawab di episod akhir drama ini.

9) Please Come Back Mister

-Drama ni berjaya menghimpunkan ramai pelakon popular seperti Rain, Lee Min Jung, Oh Yeon Seo, Lee Ha Nui, Yoon Park dan ramai lagi tapi sayangnya jalan cerita drama ini tidak begitu menarik. Aku berjaya menghabiskan drama ini pun disebabkan para pelakon yang best kalau bukan sebab pelakonnya mungkin aku dah skip drama ini.
10) Entertainer
-Selepas kejayaan drama Kill Me Heal Me dan Reply 1988, ramai yang tak sabar menantikan gandingan Ji Sung dan Hye Ri dalam drama Entertainer ini. Walaubagaimanapun jalan cerita drama ini kurang berjaya mengembalikan kegemilangan drama lakonan Ji Sung dan Hye Ri yang terdahulu.
11) Lets Fight Ghost
-Bergenre seram dan misteri membuatkan episod - episod awal drama ini menarik namun entah kenapa aku masih kurang suka jalan ceritanya walaupun dilakonkan oleh pelakon best seperti Taecyeon dan Kim So Hyun.
12) Cinderella and Four Knights
- Drama ini juga turut dibarisi oleh pelakon popular dan kacak tapi jalan ceritanya tak seindah tajuknya dan membuatkan aku agak sukar juga nak habiskan menontonnya tapi nasiblah ada ramai pelakon best yang buatkan aku habiskan juga.

Gambar di atas credit to https://pixabay.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post