8 Jan 2018

Drama Syurga Yang Kedua Episod 15 Hingga 19 (Astro)

Rangkuman Sinopsis Episod 15 Hingga Episod 19 Drama Syurga Yang Kedua, Astro, Drama Syurga Yang Kedua, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua, Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Dynaz Mokhtar, Beego, Afifah Nasir, Dato Jalaluddin Hassan, Fazlina Ahmad Daud, Wan Nor Azlin, Poligami, Perkahwinan, Hidup Bermadu, Watak, Daniel, Sabrina, Vivy, Delaila, Azril, Dato Sherry, Daud, Shida,
Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua Episod 15 Hingga Episod 19 (Astro)

Diam tak diam dah 19 episod Drama Syurga Yang Kedua disiarkan di Astro Prima dan Maya HD, pelbagai konflik yang berlaku tapi yang penting Sabrina masih tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Antara Pelakon Drama ini adalah Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Zarul Husin, Azizah Mahzan, Fazlina Ahmad Daud, Dato Jalaluddin Hassan, beego, Afifah Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Dalam episod 17 Drama ini, satu watak baru diperkenalkan iaitu watak Delaila yang dilakonkan oleh Dynas Mokhtar. Apa pun watak Delaila ini memang pelik sikit sebab gila - gila dan ikut suka hati dia saja, sampai Dato Sherry pun tak boleh nak control Delaila ini seperti anak - anaknya yang lain. Kesian dekat Puterilah kalau dapat mak tiri macam Delaila ini. Apa pun masih ada banyak episod lagi Drama ini sebab Drama ini mempunyai 70 episod, jadi macam - macam boleh berlaku pada setiap watak dalam drama ini. Mungkin juga tak lama lagi akan ada watak baru lagi?. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini dari episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini ye.


Jadi sekarang ini aku nak buat Rangkuman Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua dari Episod 15 hingga Episod 19. Jadi selamat membaca okey..

Shida (lakonan Fazlina Ahmad Daud) bergaduh dengan suaminya mengenai gambar lama yang dijumpainya itu, akhirnya Daud (lakonan Dato Jalaluddin Hassan) berterus - terang pada Shida mengenai Dato Sherry (lakonan Azizah Mahzan) yang merupakan bekas isterinya. Shida berada sangat marah dan tertipu, sehingga minta cerai pada Daud namun Daud tidak mahu berpisah dengan isterinya itu. Vivy (lakonan Fasha Sandha) pula cuba berusaha untuk menarik perhatian Daniel dengan memakai tudung, namun akhirnya dia membuka tudungnya semula. Sabrina (lakonan Siti Elizad) telah terdengar perbualan telefon antara Vivy dan kawannya, akhirnya Sabrina tahu yang Vivy sedang mengandung. Vivy pula tidak dapat mengelak dari Sabrina lalu mereka - reka cerita tentang suaminya yang meninggalkannya seorang diri, namun masih merahsiakan identiti suaminya itu. Dato Sherry, Diana dan Vivy berpakat untuk menukar setiausaha Daniel dengan sepupu Vivy bagi memudahkan Vivy memantau pergerakan Daniel serta dapat meluangkan lebih masa bersama Daniel. Shida akhirnya berbaik semula dengan suaminya itu. Tak lama kemudian, Dato Sherry, memperkenalkan anak angkatnya yang bernama Delaila (lakonan Dynaz Mokhtar) pada ahli keluarganya. 

Dalam masa yang sama Delaila pula tertarik dan sukakan Azril (lakonan Beego) namun Dato Sherry menghalang Delaila dari rapat dengan Azril, namun Delaila memberontak dan enggan mendengar cakap Dato Sherry itu. Selain itu Doktor mencadangkan Sabrina dan Daniel menjalankan rawatan IVF untuk mendapatkan anak dan Sabrina gembira kerana berpeluang untuk mendapatkan anak. Delaila sebenarnya adalah anak kandung Dato Sherry ketika berkahwin dengan Daud dulu, ini bermakna Delaila itu adalah kakak pada Sabrina. Namun Daud tidak mengetahui langsung mengenai kewujudan Delaila itu kerana Dato Sherry merahsiakannya. Selain itu, Dato Sherry makin pening dengan kerenah Delaila yang ingin berkahwin dengan Azril itu. Hal ini diburukkan lagi apabila Azril turut ingin berkahwin dengan Delaila itu untuk kepentingan dirinya, walaupun dia sebenarnya tidak mencintai Delaila. Tak lama kemudian Vivy, Sabrina dan Daniel keluar makan bertiga dan Sabrina mendesak Vivy untuk memberitahunya tentang hal suami Vivy itu.



Dato Sherry menyuruh Azril untuk meninggalkan Delaila tapi Azril enggan, malah dirinya juga ingin berkahwin dengan Delaila, manakala anak Azril iaitu Puteri pula sedih, apabila mendengar yang ayahnya ingin berkahwin dengan Delaila. Vivy pula berasa marah dan kecewa kerana Dato Sherry enggan membantunya untuk mendapatkan lebih perhatian daripada Daniel. Delaila pula cuba berbuat baik dengan Puteri tapi Puteri tidak sukakan Delaila itu. Manakala Daniel dan Sabrina pula ingin mengambil anak angkat, namun Dato Sherry tidak bersetuju. Daud pergi berjumpa dengan Sherry dan akhirnya mengetahui mengenai Delaila yang merupakan anaknya. Daud juga bersepakat dengan Dato Sherry untuk terus merahsiakan mengenai hal Delaila itu dari orang lain. Selain itu, Vivy pula tidak suka dengan idea Daniel dan Sabrina untuk mengambil anak angkat itu kerana risau masa Daniel akan berkurangan untuknya nanti. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

1 ulasan:



My Random Post