11 Apr 2018

Sinopsis Novel Mr Grey

Novel Mr Grey, Novelis Syamnuriezmil, Drama Mr Grey, Astro Ria, MegaDrama, Mr Grey Cast, Pelakon Drama Mr Grey, Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Cover Novel Mr Grey,
Sinopsis Novel Mr Grey Karya Syamnuriezmil

Novel Mr Grey karya novelis Syamnuriezmil telah diadaptasikan menjadi drama bersiri yang disiarkan di Astro Ria. Drama Mr Grey akan menggantikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang telah tamat episodnya pada 5 April 2018 yang lalu. Pelakon Drama Mr Grey ini terdiri daripada Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi dan ramai lagi. Jom tengok sinopsis novel Mr. Grey ini di bawah ye, selamat membaca.



Sinopsis Novel Mr Grey Karya Syamnuriezmil

Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.
Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY



Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.
“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY
Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?
“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM
“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA
Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...

Gambar di atas credit to goodreads
Banner Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan, Ebook, Tips, Cara, Panduan,

4 ulasan:

  1. Oh drama yang ada dekat astro, novel yang ni la ya. Hee baca sinopsis nampak best hehe. I like. :)

    BalasPadam

  2. pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    BalasPadam
  3. Love the girl...Eyra tu..lawak mampus dgn slang kedah yg kaw2 best......n Mr Grey....lakonan yg mantap...

    BalasPadam
  4. "Resiko dalam mencinta adalah sakit, resiko dalam dicinta adalah membuat orang sakit, dan resiko dalam saling mencintai adalah saling kehilangan." Panji Ramdana 2016

    BalasPadam



My Random Post